fbpx

DAPUR TIDAK LENGKAP TANPA ADA PERALATAN INI

Peralatan dapur merupakan antara barang wajib yang perlu ada pada setiap rumah. Tiada dapur yang lengkap tanpa peralatan dapur. Kerana ianya penting untuk proses pembuatan makanan dan manusia tidak boleh hidup tanpa makanan. Walaupun masakan yang ringkas, ia masih memerlukan peralatan yang betul. Anda boleh perlahan-lahan membeli peralatan dapur yang diingini tanpa perlu membeli semuanya sekali gus.

Untuk mengetahui peralatan dapur asas yang perlu ada dirumah, kami senaraikan dibawah bersama dengan perincian barang.  

1. Pisau

Kenali Jenis Pisau Dan Kegunaannya, Tip Elak Pisau Cepat Tumpul - IMPIANA

Pisau adalah antara barang utama yang perlu ada didapur. Tiada masakan yang tidak memerlukan pisau. Terdapat pelbagai jenis pisau dipasaran. Antaranya pisau cef, pisau pengukir, pisau utiliti, pisau pemotong pisau roti dan lain-lain lagi. Pisau dicipta dengan pelbagai jenis dan bentuk untuk memenuhi setiap kegunaannya. Dengan pisau yang tajam, segala kerja pemotongan lebih mudah dilakukan. Jika anda tidak mampu untuk membeli beberapa jenis pisau, cukup untuk anda membeli pisau cef. Ini kerana pisau cef boleh digunakan bagi memotong pelbagai bahan.  

2. Papan pemotong

Mini-Home 55 Degree Water Cup Warmer USB Heating Coasters Multifunctional 2  in 1 Warm Heating Coaster and Wireless Charger Induction Funtion Office Tea  Coffee Milk Heater Pad | Lazada PH

Barang seterusnya yang perlu ada dirumah adalah papan pemotong. Papan pemotong yang berkualiti agak sedikit mahal tetapi ianya direka dengan bahan yang bagus dan mempunyai beberapa jenis. Mempunyai beberapa papan pemotong yang khusus kegunaannya dapat menghindari pencemaran bersilang. Seperti papan pemotong khas untuk sayur, buah, ayam, ikan dan juga daging. Tetapi tidak salah untuk mempunyai satu papan pemotong yang digunakan untuk memotong semua bahan.

3. Kuali & periuk

Pan "TEFAL" dengan lapisan tidak melekat: penerangan, pandangan dan ulasan

Kuali dan periuk memainkan peranan yang penting didapur. Ia akan digunakan untuk memasak segala jenis masakan. Sebagaimana pisau, periuk dan kuali turut mempunyai banyak jenis dan kegunaannya. Perbezaan asas diantara kuali dan periuk adalah dari segi bentuknya. Kuali leper selalunya digunakan untuk menggoreng makanan yang memerlukan minyak yang sedikit.

Kuali bertelinga yang agak dalam pulak digunakan untuk proses menggoreng makanan yang memerlukan minyak yang banyak. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk memasak sambal, masak kicap dan lain-lain. Manakala periuk pula digunakan untuk memasak makanan berkuah seperti sup, kari dan asam pedas.

4. Senduk & spatula

PREORDER] ETA 8/7 KCJ 12PCS Silicone Cooking Utensils Set Non-stick Spatula  Shovel Wooden Handle

Peralatan dapur seterusnya yang perlu ada dirumah ialah senduk dan spatula. Terdapat pelbagai saiz dan jenis senduk dan spatula yang terdapat dipasaran dari jenis kayu sehingga ke besi. Kesemua mempunyai kelebihan dan kegunaan yang tersendiri. Senduk dicipta khas bagi kegunaan makanan yang berkuah. Sebaliknya spatula tidak begitu kerana bentuknya yang rata. Bagi ibu-ibu yang gemarkan barang bagi warna tertentu, ini antara barang yang mempunyai tema warna. Senduk dan spatula ada dijual dari pelbagai jenis warna, jenama dan harga yang berbeza.  

5. Bekas besar

Besen Plastik Apple Lady Murah Impak... - Kedai Serbaneka RM 2 Harga Borong  Termurah IMPAK Tinggi | Facebook

Kebanyakan rumah pasti ada bekas besar yang diperbuat daripada plastik. Bekas besar boleh digunakan bagi berbagai tujuan. Ia memudahkan untuk menggaul bahan-bahan yang ingin dicampur seperti ketika membuat salad. Tambahan lagi, ia juga boleh digunakan untuk membuat adunan kek, adunan cucur dan merendam bahan masakan.

6. Pengisar

10 Best Blender Reviews - To Expert Opinions | Juicer List

Zaman ibu-ibu dahulu, sebelum pengisar diciptakan, mereka akan menggiling segala bahan yang perlu dihalusi. Ini termasuklah tepung, kacang dan cili. Ini akan mengambil masa yang lama disamping memerlukan tenaga yang banyak. Semuanya menjadi lebih senang setelah adanya pengisar yang memudahkan kerja memasak. Hanya perlu masukkan bahan yang ingin dikisar dan tekan butang untuk menjalankan pengisar. Pengisar juga boleh digunakan untuk membuat air buah.

7. Penapis

Saringan untuk tepung (16 gambar): model mekanikal dan manual dapur ayakan  untuk tepung ayam, saiz sel sieve dengan pemegang dan tanpa

Terdapat tiga jenis penapis yang perlu ada dirumah. Pertama penapis tanpa pemegang yang mempunyai lubang sedikit besar. Penapis ini selalu digunakan untuk membilas sayuran dan buahan. Terdapat juga penapis jenis ini yang mempunyai lubang sedikit kecil yang boleh digunakan untuk menapis pulut dan kekacang.

Penapis yang kedua ialah penapis dengan pemegang yang mempunyai lubang halus. Penapis jenis ini selalu digunakan ketika membuat kek atau biskut. Ia akan digunakan untuk menapis pelbagai jenis tepung. Penapis yang terakhir adalah penapis teh. Ianya bersaiz kecil dan boleh digunakan untuk menapis serbuk teh, kopi, biji limau dan lain-lain.

8. Penyepit

AIKO)STAINLESS STEEL STRAINING FOOD CLIP PENYEPIT MAKANAN BESI 23CM 28CM  33CM | Shopee Malaysia

Penyepit bertindak sebagai penyambung tangan dan sangat berguna didapur. Bukan sahaja boleh digunakan untuk terbalikkan makanan yang besar, malah boleh digunakan untuk mengangkat masakan yang baru dimasak. Dengan adanya penyepit akan dapat mengurangkan risiko tangan melecur.

9. Sudu / cawan penyukat

Ukuran Sudu Dan Cawan

Jika anda suka membuat kek dan biskut, sudu penyukat adalah adalah barang dapur yang mesti dimiliki. Ia digunakan untuk menyukat kuantiti bahan yang ingin digunakan didalam sesuatu masakan. Anda tidak boleh mengagak jumlah yang tepat bagi cecair atau pepejal tanpa menggunakan sudu penyukat. Biskut tidak akan menjadi jika anda memasukkan terlebih atau terkurang tepung dan esen vanila.

10. Bekas simpanan

Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk Dengan Cara Betul Untuk Elak Keracunan

Bekas simpanan makanan adalah peralatan dapur yang asas yang perlu ada dirumah. Tidak kisah jika ianya mahal atau murah tetapi lebih bagus jika ianya didatangkan dengan penutup. Bekas simpanan makanan bertutup akan dapat menghalang bau makanan dari merebak. Bekas ini boleh digunakan untuk menyimpan makanan yang tidak habis dimakan. Bekas makanan juga boleh digunakan untuk menyimpan bahan mentah didalam peti ais. Seterusnya ia dapat membuatkan peti ais lebih tersusun dan cantik.

11. Pembuka tin

Can Opener (Pembuka Tin) | Shopee Malaysia

Peralatan terakhir yang perlu ada ialah pembuka tin. Bahan masakan dalam tin merupakan pilihan yang ringkas dan cepat bagi anda yang sibuk. Terdapat banyak bahan makanan yang dijual dalam tin seperti sardin, susu, tomato, cendawan, buahan dan lain-lain. Dengan adanya pembuka tin ia akan memudahkan kerja didapur. Namun, sesetengah bahan makanan dalam tin sudah mudah untuk dibuka tanpa pembuka tin. Ada juga yang biasa menggunakan pisau untuk membuka tin tetapi ianya agak berbahaya dan berisiko untuk cedera.

Dengan senarai barang diatas, pasti anda telah tahu peralatan asas dapur yang perlu anda ada. Terpulang kepada anda untuk membeli peralatan dapur yang berjenama atau biasa-biasa sahaja. Tetapi pastikan anda rajin memasak setelah mempunyai peralatan dapur yang mencukupi. Untuk mendapatkan barangan segar terus ke rumah anda, layari http://pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.