fbpx

PERALATAN TEKNOLOGI YANG MEMUDAHKAN URUSAN DI DAPUR

Memiliki peralatan dapur yang terkini dan cantik pasti menjadi idaman anda. Setiap tahun pasti ada peralatan baru yang muncul bagi memudahkan urusan didapur. Ia menggabungkan antara teknologi dengan peralatan  tradisional yang boleh membimbing sepanjang proses memasak.

Dengan adanya peralatan canggih ini, anda tidak akan terikat dengan aktiviti memasak sepanjang masa. Anda boleh melakukan aktiviti lain sambil memantau dari jauh. Oleh itu, jika anda berminat untuk menggunakan teknologi terkini untuk memaksimumkan potensi anda didapur, alat berteknologi tinggi berikut adalah peralatan yang perlu anda miliki.

Termometer Pembakar – Nutrichef Smart Bluetooth BBQ Grill Thermometer

Amazon.com: NutriChef Smart Bluetooth BBQ Grill Thermometer - Upgraded  Stainless Dual Probes Safe to Leave in Outdoor Barbecue Meat Smoker -  Wireless Remote Alert iOS Android Phone WiFi App, One Size, PWIRBBQ80:

Termometer pintar ini mempunyai jarak jauh tanpa wayar yang mampu menghantar isyarat sehingga 200 kaki. Sistem pemerhatian termometer membolehkan anda memilih cara masakan kegemaran anda sama ada rare, medium atau well done.  Termometer akan menghantar isyarat apabila daging telah mencapai suhu yang ditetapkan. Ini dapat mengelakkan gading dari menjadi kurang atau terlebih masak. Disamping itu, termometer ini boleh disambungkan dengan telefon pintar yang akan memaparkan maklumat yang dikehendaki. Anda akan dapat melihat suhu semasa dan menjimatkan masa untuk memasak makanan kegemaran anda. Apa yang menjadikannya istimewa, termometer ini boleh ditinggalkan didalam ketuhar sepanjang masa. Ia mampu bertahan di kawasan panas sehingga mencapai suhu 250 celcius.

AeroGarden Hydroponic Garden

AeroGarden Farm Plus Hydroponic Review - Grow Food Guide

Bagi yang minat memasak masakan barat pasti tahu betapa sukarnya untuk mendapatkan herba-herba segar seperti daun thyme, parsley dan lain-lain. Walaupun boleh digantikan dengan herba kering tetapi bahan yang segar akan dapat menghasilkan makanan yang lebih beraroma. Suhu di Malaysia tidak sejuk seperti dinegara Barat, namun dengan adanya AeroGarden Hydroponic Garden ianya tidak mustahil untuk anda menanam herba-herba tersebut. Hydroponic garden dilengkapi dengan lampu mekanikal berkembar 60W yang membolehkan anda menanam sayuran segar didalam kediaman sendiri. Ia turut didatangkan dengan kawalan panel skrin sentuh untuk menetapkan tetapan yang berbeza bagi tumbuhan tertentu agar dapat memaksimumkan hasilnya. Selain itu, ia turut dilengkapi aplikasi telefon pintar yang memudahkan pemilik untuk mengawal peranti dari tempat yang jauh.

Peti Ais Pintar – Samsung Family Hub 4-Door French Door Smart Refrigerator

24 cu. ft. Family Hub™ 3-Door French Door Refrigerator in Stainless Steel  Refrigerator - RF265BEAESR/AA | Samsung US | Samsung family hub  refrigerator, Family hub refrigerator, French door refrigerator

Peti sejuk ini istimewa kerana ia bukan sekadar tempat menyimpan bahan makanan. Anda boleh menetapkan pemberitahuan tamat tempoh makanan agar makanan didalam peti sejuk tidak dibazirkan kerana rosak. Anda juga boleh merancang masakan berdasarkan bahan yang terdapat didalam peti sejuk anda. Yang paling menarik, anda boleh melihat isi peti ais dari mana sahaja anda berada. Ciri istimewa lain adalah anda dapat memilih untuk memaparkan gambar atau kalendar dipapan layar peti ais. Pelbagai tetapan seperti lampu, termostat, loceng pintu dan muzik boleh dibuat dengan hanya melalui perintah suara.

Pengisar Pintar – Vitamix A3500 Ascent Series Smart Blender

Amazon.com: Vitamix A3500 Ascent Series Smart Blender, Professional-Grade,  64 oz. Low-Profile Container Bundle with The Vitamix Cookbook - 250  Delicious Whole Food Recipes (Brushed Stainless): Kitchen & Dining

Peranti smart blender mempunyai lima tetapan program yang boleh memudahkan kerja anda. Smoothies, celupan dan sapuan, pencuci mulut sejuk, sup panas dan pembersihan sendiri. Reka bentuk yang menarik dilengkapi dengan pengawalan skrin sentuh. Pelbagai saiz bekas yang sesuai direka untuk memenuhi keperluan anda.  Tambahan lagi, pengkalan motornya dapat mengesan ukuran bekas kemudian menyesuaikan tetapan program dan masa pengadunan dengan sendiri.  Manakala, pemasa yang dibina bersama akan dapat mematikan pengisar secara automatik apabila resepi anda telah selesai diadun. Aplikasi boleh dihubungkan dengan iOS dan aplikasi android serta dilengkapi dengan 17 program adunan dan terdapat lebih daripada 500 resepi.

Skala Penimbang – Drop Scale

Spice up your kitchen with these gadgets | Buzz

Andai anda suka membakar kek, Peranti Drop adalah pilihan terbaik untuk anda. Penskalaan ini lebih menyenangkan dan cepat daripada menggunakan sudu dan cawan. Peranti ini ialah penimbang dapur yang boleh membimbing anda selangkah demi selangkah bagi mencari, membuat dan berkongsi hidangan yang lazat dengan batuan aplikasi iOS yang disambungkan. Resepi yang rumit akan dapat dibuat dengan bantuan peranti ini. Terdapat resepi interaktif, penggantian bahan yang mudah dan penskalaan bahan pintar. Disamping itu, ia dapat mengurangkan masa pembersihan kerana anda boleh meletakkan semua bahan dalam satu mangkuk yang sama.

Mug Pintar – Ember Temperature Control Mug

NEW Ember Temperature Control Smart (end 8/24/2021 12:00 AM)

Mug pintar ini sesuai untuk mereka yang gemarkan minuman panas dan mengharapkan agar minuman itu kekal pada suhu yang dikehendaki. Mug ini boleh menyimpan minuman kegemaran anda pada suhu yang sempurna untuk setiap hirupan. Jika anda perlu keluar atau membuat kerja lain, anda boleh mengawal suhu dicawan ini dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar anda. Anda boleh menetapkan suhu disekitar 49 sehingga 63 celcius dan mengekalkan suhunya selama lebih kurang sejam lebih.  Peranti akan menghantarkan isyarat apabila mug telah mencapai suhu yang diingini dan apabila ia perlu dicas.

~ Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna anda perlu membeli setiap peralatan tersebut. Teknologi terkini dan terhebat tidak akan menjadikan anda chef dalam sekelip mata. Yang paling penting adalah pengalaman dan kemahiran yang telah dipelajari selama ini. Daripada membeli peralatan yang terkini dan mahal, anda boleh menggunakannya untuk membeli bahan masakan. Peralatan asas sudah cukup untuk membantu menyediakan makanan yang lazat.

~Ingin dapatkan barangan segar tanpa perlu keluar rumah? Layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.