fbpx

CARA TERBAIK MEMILIH SAYURAN DI PASAR

Anda boleh memasak masakan yang teruk dengan bahan yang terbaik tetapi anda tidak boleh memasak masakan yang baik dengan bahan yang buruk. Oleh kerana itu, pemilihan barangan merupakan antara perkara terpenting ketika membeli bahan masakan. Ramai generasi kini yang masih tidak tahu cara untuk memilih sayuran yang baik.

Setiap jenis sayur mempunyai tanda tersendiri bagi menunjukkan tahap kesegarannya. Anda perlu bijak memilih menggunakan deria anda  agar tidak tersalah pilih sayuran yang tidak elok. Berikut terdapat beberapa panduan pemilihan sayuran berdasarkan jenisnya yang boleh anda ikuti.

– Sayur Berdaun

Hong Kong Sawi Vegetable (Sold per Kg) — HORECA Suppliers | Supplybunny

Bagi sayur berdaun seperti bayam dan sawi, pilih sayur yang mempunyai batang kecil manakala daunnya besar. Batang yang besar akan pahit dan tidak banyak boleh digunakan. Tidak mengapa untuk memilih sayur yang sedikit berlubang daunnya. Kerana ini menandakan sayur tersebut tidak menggunakan racun perosak.

– Timun

Jual Benih Mentimun Timun Ketimun - Isi 10 Biji di Lapak Akar seeds |  Bukalapak

Sayur ini perlu dipilih dengan cermat agar tidak tersalah pilih. Timun yang pahit boleh merosakkan hidangan seperti nasi lemak. Cara terbaik untuk memilih timun adalah dengan pilih timun yang kurus, lurus dan pangkalnya berwarna hijau (tidak terlalu pekat). Timun begini lebih lembut, berjus dan rangup. Jika hujung timun berwarna putih atau kuning itu bermakna ianya sudah tua.

– Terung

Jual Benih Sayuran Terong Ungu Berkhualitas di Lapak PERMATA GARDEN |  Bukalapak

Terdapat pelbagai jenis terung yang terdapat dipasaran. Pastikan anda membeli jenis terung yang betul berdasarkan masakan anda. Apabila memilih terung, pilih terung yang mempunyai warna yang ungu yang sekata. Pastikan terung tidak mempunyai tompokan putih, berlubang dan lebam. Terung yang berlubang berkemungkinan mempunyai ulat didalamnya.

– Kacang Panjang

900 Ton Benih Hortikultura Diekspor ke 10 Negara | Republika Online

Kacang panjang selalunya senang untuk dipilih kerana boleh nampak perbezaan yang ketara pada kacang panjang tua dan muda. Cara pemilihannya adalah dengan pilih kacang panjang yang kurus-kurus dan tiada benjolan padanya. Anda juga boleh menekan sedikit kacang panjang. Andai terasa kosong atau lompong, itu tandanya ia sudah tua.

– Peria

Idea Makanan Sihat: Salad Peria – Bidan Kampung

Untuk pengetahuan anda, peria yang tua adalah lebih pahit dari peria yang muda. Bagi peria muda, ia akan memiliki garisan rapat-rapat dikulit peria berbanding yang tua. Peria yang kecil juga menandakan peria itu masih muda. Selain itu, pilih peria yang rupa luarannya elok dan tiada kesan pecah atau berlubang.

– Bendi

From FAMF Tower: Tips Pilih Bendi

Tips yang selalu diajar dan ramai orang lakukan adalah dengan mematahkan hujung bendi. Kalau senang patah bermakna ianya masih muda dan boleh diambil. Tetapi, kesian dekat peniaga yang terpaksa menanggung kerugian untuk bendi yang telah dipatahkan tetapi tidak terjual.

Salah satu cara lain yang boleh digunakan tanpa merosakkan bendi adalah dengan melihat hujung kepala bendi. Jika terdapat lubang itu tandanya ia sudah tua. Bendi muda tidak akan mempunyai lubang dihujung kepalanya. Selain itu, pegang dan tekan sedikit bendi, rasa yang padat melambangkan bendi muda sementara rasa lompong atau kosong menakdakan bendi tersebut sudah agak tua.

– Kobis

ketahui khasiat makanan anda: KHASIAT KOBIS

Cara untuk memilih kobis adalah dengan pilih kobis yang berwarna hijau cerah serta berkilat. Anda juga perlu pastikan kubis yang dipilih memiliki tekstur keras dan padat apabila disentuh. Ini menandakan ia masih segar dan tidak kosong dibahagian dalamnya. Jika anda memiliki keluarga yang kecil, anda juga boleh membeli kobis yang telah dipotong sebelah. Ini memudahkan proses pemilihan kerana anda boleh dapat melihat isi dalamannya.

– Tomato

Why a German lab is growing tomatoes in urine - BBC Future

Apabila anda ingin membeli tomato, rancang dahulu bila anda hendak menggunakannya. Jika anda berniat untuk menyimpan atau memasak dalam tempoh tiga ke empat hari lagi, adalah baik untuk anda memilih tomato yang sedikit kehijau-hijauan. Sebaliknya, jika anda ingin memasak terus, anda perlu pilih tomato yang berwarna oren dan kulit yang berkilat licin. ia menandakan tomato sudah masak ranum dan sedia untuk digunakan.

– Lobak Merah

Kalori Lobak Merah.. – ROZITA IBRAHIM

Untuk lobak merah, anda boleh memilih berdasarkan fizikalnya. Pilih yang bersaiz sederhana, batang yang lurus dan berwarna oren terang. Anda juga perlu memilih lobak merah yang tidak mempunyai kesan torehan atau lubang. Hindari dari memilih lobak merah yang kelihatan kusam, terlalu besar atau rosak.

– Sayur Berubi

Ada Tak Lagi Yang Suka Makan Ubi Kayu? Rupanya Ubi Kayu Mempunyai Khasiat  Yang Mengejutkan Ramai Orang – Satkoba Press

Sayur berubi seperti ubi keladi, ubi kayu dan ubi kentang perlulah dipilih yang masih belum bertunas. Ubi yang sudah bertunas menandakan ianya sudah lama disimpan. Sama seperti lobak merah, pastikan ubi yang dipilih tidak mempunyai kesan torehan atau berlubang.

~Masih tidak pasti cara untuk memilih sayuran? Jangan risau, kami sedia membantu. Layari pasarhub.my dan selamat berbelanja.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.