fbpx

CARA BERKESAN UNTUK MENGHILANGKAN BAU PETI SEJUK

Pasti anda pernah berhadapan dengan bau peti sejuk yang tidak menyenangkan/busuk. Jika peti sejuk anda berbau busuk, panduan ini akan membantu anda untuk menghilangkan bau tersebut. Bau busuk sering terjadi kerana beberapa punca.

Antaranya kerana terputus bekalan elektrik, pencabutan plug tanpa sengaja, makanan yang tertumpah dan makanan yang telah rosak.  Apabila melibatkan makanan yang rosak, ia pasti akan meninggalkan bau yang busuk.

BERSIHKAN PETI SEJUK

TIP MEMBERSIHKAN PETI SEJUK DENGAN CARA SELAMAT DAN TERATUR - Abang Brian

Pertama, untuk menghilangkan bau tersebut anda perlu membersihkan peti sejuk. Ini adalah dengan mengeluarkan semua makanan dan minuman dari peti sejuk anda. Barangan yang perlukan suhu sejuk boleh disimpan ke dalam bekas berisi ais atau cool box.

Makanan yang telah rosak perlulah dibuang agar tidak mencemari makanan lain. Kemudian anda perlu membersihkan dan mengelap jika terdapat kekotoran dari sisa makanan. Jika bau masih belum hilang atau anda merasa tidak puas hati, anda boleh cuba beberapa cara lain.

BAHAN LAIN :-

Terdapat beberapa bahan sedia ada didapur yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau didalam peti sejuk anda. Berikut adalah senarai bahan-bahan yang boleh membantu bagi menhilangkan bau busuk dari peti sejuk anda.

Serbuk Penaik

CANTIKAN TUBUH DENGAN SODA PENAIK - ZALIDA DAUD D'TOUCH
  • Serbuk penaik mempunyai bahan yang boleh membunuh bau. Ambil semangkuk penuh serbuk penaik dan letakkan kedalam peti sejuk. Tutup rapat pintu peti sejuk dan biarkan serbuk penaik selama beberapa jam. Jika masih terdapat bau yang tidak menyenangkan, anda boleh mencuba menabur serbuk penaik di tingkat lapisan peti sejuk dan biarkan selama dua jam. Selain itu, anda juga boleh mengelap perkakas peti sejuk menggunakan campuran serbuk penaik untuk pembersihan yang lebih mendalam.

Cuka

How Does Vinegar Work for Cleaning | Kitchn
  • Selain itu, salah satu cara untuk menghilangkan bau peti sejuk dengan berkesan adalah dengan menggunakan cuka. Cuka boleh membantu mengneutralkan bau busuk yang datang dari peti sejuk. Letakkan secawan cuka kedalam peti sejuk untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Buah Lemon

How to Make Homemade Lemon Vinegar Cleaning Spray: Natural, Non-Toxic &  Effective! ~ Homestead and Chill
  • Asid citrus adalah bagus untuk menyegarkan dalaman peti sejuk. Anda boleh menggunakan dua cara untuk membersihkan peti sejuk dengan menggunakan buah lemon. Pertama, hiriskan buah lemon kepada beberapa hirisan. Letakkan beberapa hirisan kedalam peti sejuk. Biarkan buah lemon menyerap segala bau yang tidak menyenangkan itu. Kedua, anda boleh merendam beberapa kapas kedalam jus buah lemon dan gunakannya untuk mengelap perkakas dalam peti sejuk. Buah lemon akan meninggalkan bau yang menyegarkan.

Arang

What Is Activated Charcoal Good For? 8 Healthy Uses — And 3 You Can Skip
  • Letakkan seketul arang didalam bekas dan letakkan kedalam peti sejuk. Apabila telah meletakkan arang kedalam peti sejuk, tetapkan suhu pada tahap minimum dan biarkan selama tiga hari dalam keadaan pintu peti sejuk tertutup.

Minyak Essential

DIY: Refrigerator and Microwave Cleaner | dōTERRA Essential Oils
  • Disamping itu, anda boleh cuba menggunakan bahan lain seperti minyak essential. Celupkan beberapa biji kapas kedalam minyak essential. Letakkan kedalam peti sejuk dan tutup pintunya selama sehari.

Biji Kopi

7 Bahan Dapur Ni Boleh HIlangkan Bau Peti Ais Korang.
  • Letakkan biji kopi yang segar diatas dulang pembakar atau bekas dan tinggalkan ia didalam peti sejuk semalaman. Ia akan membantu menyerap bau-bau yang tidak enak. Anda juga boleh menggunakan serbuk kopi yang dijual dipasar raya jika tiada biji kopi. Bau kopi yang harum akan terus tersebar didalam peti sejuk.

Roti

Homemade Bread Recipe - Tastes Better from Scratch
  • Ini antara cara yang paling selalu orang buat kerana ianya mudah. Ambil beberapa keping roti dan letakkan kedalam peti sejuk. Tinggalkan sehingga roti menjadi kering. Jika bau masih ada, anda boleh menggantikan roti yang telah kering kepada roti yang baru. lakukan sehingga bau benar-benar hilang. Roti juga boleh digunakan untuk menghilang bau busuk pada sampah.

Daun pandan

Ketahui Manfaat Pandan, Tidak Hanya Untuk Penyedap Makanan
  • Daun pandan mempunyai aroma tersendiri yang boleh digunakan sebagai pewangi rumah, kereta dan juga peti sejuk. Ambil beberapa helai daun pandai dan koyak-koyakkan daunnya agar bau lebih mudah tersebar. Setelah itu, letakkan kedalam peti sejuk. Anda juga boleh meracik halus daun pandan jika anda mahu.

Esen vanila

FAQs | The Vanilla Queen
  • Selalunya, esen vanila digunakan sebagai penambah perisa dan memberikan aroma wangi kedalam kek. Tetapi, anda turut boleh gunakannya sebagai pewangi kepada peti sejuk. Caranya adalah dengan meletakkan beberapa titis esen vanila kedalam bekas kecil. Setelah itu, celupkan tuala bersih kedalam esen vanila. Gunakan tuala tersebut untuk mengelap segala ruang dan perkakas peti sejuk. Peti sejuk anda akan berbau seperti esen vanila.

~Ingin dapatkan barangan segar? Layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.