fbpx

CARA MENGHILANGKAN BAU HANYIR IKAN

Kebanyakan ikan mempunyai lendir dan bau hanyir yang kuat terutama ikan sungai. Bau hanyir ikan boleh menyebabkan selera makan terbantut. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan bagi menghilangkan lendir dan bau hanyir pada ikan. Sebelum anda menggunakan cara dibawah, pastikan ikan telah dibersihkan terlebih dahulu. Buang segala organ dalaman, insang dan ketulan darah yang terdapat dalam ikan.

PERAP DENGAN TEPUNG GANDUM

Image result for ikan PERAP DENGAN TEPUNG GANDUM

Teknik ini merupakan antara teknik yang paling banyak digunakan oleh ibu-ibu. Caranya dengan lumurkan tepung pada ikan dan biarkan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu, bolehlah dibasuh ikan dan masak seperti biasa.

AIR BASUHAN BERAS

Image result for ikan AIR BASUHAN BERAS

Jika anda ingin menggunakan teknik ini, anda boleh menyimpan air basuhan beras yang telah digunakan. Setelah itu, gunakan air basuhan beras itu untuk membasuh ikan. Anda juga boleh merendam ikan seketika sebelum memcucinya. Air basuhan beras dikatakan lebih mudah untuk menanggalkan lendir-lendir dan bau hanyir pada ikan.

RENDAM DENGAN GARAM

Image result for ikan RENDAM DENGAN GARAM

Antara cara dengan bahan yang paling mudah didapati adalah garam. Anda cuma perlu gosok ikan dengan garam kasar. Lendir akan lebih mudah ditanggalkan. Jika anda masih tidak berpuashati, boleh direndam seketika garam, ikan dan campurkan beberapa biji perahan limau kasturi.  Selepas 15 minit, anda boleh bilas sambil menggosok ikan menggunakan limau.

PERAP MENGGUNAKAN DAUN SERAI

Image result for DAUN SERAI

Cara ini agak leceh kerana memerlukan daun serai yang dipotong pendek-pendek. Ramaskan daun serai dan gaulkan pada ikan. Lebih berkesan jika direndamkan seketika sebelum membilas seperti biasa. Daun serai dapat menghilangkan bau hanyir ikan kerana ia mempunyai tekstur yang kasar serta aroma yang wangi.

LUMUR DENGAN DAUN PISANG/ DAUN JAMBU

Image result for ikan LUMUR DENGAN DAUN PISANG/ DAUN JAMBU

Salah satu petua lain adalah dengan menggunakan daun jambu. Ramas daun jambu dan lumurkan pada seluruh ikan. Dengan ini, bau hanyir dan lendir akan hilang. Selain menggunakan daun jambu, anda juga boleh menggunakan daun pisang yang dicarik-carik.

PERAP DENGAN ASAM JAWA

Image result for ikanPERAP DENGAN ASAM JAWA

Selain cara lain yang dinyatakan diatas, anda juga boleh cuba menggunakan asam jawa. Ambil segenggam asam jawa dan lumurkan pada ikan. Perapkan beberapa minit sebelum bilas bersih ikan.

RENDAM DALAM SUSU

Image result for ikan RENDAM DALAM SUSU

Ini adalah antara cara paling mudah. Anda cuma perlu merendam ikan yang sudah dibasuh kedalam susu dan dibiarkan seketika. Setelah itu, bolehlah dibilas ikan tersebut. Trimethylamine oxide yang menjadi penyebab kepada bau hanyir ikan boleh dihilangkan oleh susu kerana susu mengandungi casein.

CUCI MENGGUNAKAN JUS LEMON / LIMAU PURUT

Image result for CUCI ikan MENGGUNAKAN LIMAU

Teknik ini boleh dilakukan dengan menggunakan jus lemon atau limau purut bergantung pada bahan yang ada dirumah. Caranya adalah sama dengan rendamkan ikan seketika dengan buah limau yang telah diperah. Setelah itu, bilas bersih ikan.

CUCI DENGAN CUKA MAKANAN

Image result for CUCI IKAN DENGAN CUKA MAKANAN

Walaupun kedengaran asing bagi sesetengah orang tetapi cara ini antara cara yang berkesan bagi menghilangkan bau hanyir ikan.  Teknik ini tidak memerlukan masa yang lama kerana tidak perlu diperap. Anda hanya perlu bilas ikan dengan menggunakan cuka sekali lalu. Kemudian, gosok-gosok ikan untuk membilas ikan. Pastikan ikan tidak terkena cuka begitu lama.

LUMUR DENGAN CAMPURAN SERBUK KUNYIT, GARAM DAN TEPUNG JAGUNG

Image result for LUMUR IKAN DENGAN CAMPURAN SERBUK KUNYIT

Cara ini memerlukan beberapa bahan. Campurkan kesemua bahan dan lumurkan pada ikan. Perap selama 30 minit. Setelah itu, terpulang pada anda sama ada ingin terus menggoreng ikan atau membilas ikan itu sehingga bersih.

PERAP DENGAN HALIA

Image result for HIRIS HALIA

Halia dikatakan bukan sahaja boleh menghilangkan bau hanyir ikan, malah membuang toksin yang ada pada ikan. Anda perlu cincang halia halus-halus dan sapu pada ikan. Biarkan selama 30 minit dab bilas bersih.

SELAMAT MENCUBA..

~Ingin membeli barang segar tanpa keluar rumah? Sila layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.