fbpx

CARA MENGURANGKAN PENGAMBILAN GULA

Pengambilan terlalu banyak gula adalah boleh memudaratkan tubuh badan kita.  Terdapat banyak penyakit yang dikaitkan dengan pengambilan gula yang berlebihan. Sebagai contoh, obesiti, kencing manis, kanser, jantung dan pereputan gigi.

Gula boleh ditemui didalam makanan seperti buah dan sayuran. Gula jenis ini memberi kesan yang sedikit kepada badan dan boleh diambil. Buah dan sayuran turut mengandungi pelbagai vitamin dan minerals yang menyihatkan.

Gula yang berbahaya adalah gula yang terdapat didalam makanan diproses. Terdapat beberapa langkah yang mungkin anda boleh ikut bagi mengurangkan pengambilan gula.

Memilih Air Minuman

Wajib tahu beza air mineral, air minuman | Harian Metro

Yang pertama, anda perlulah menghindari dari mengambil air minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Terdapat banyak air dipasaran yang mengandungi paras gula yang tinggi. Antaranya adalah air bertenaga, air gas, air buah diproses dan air kultur. Tidak terkecuali minuman yang dianggap menyihatkan bagi sesetengah orang iaitu jus buah dan smoothies. Lebih baik anda belajar untuk minum air kosong apabila dahaga.

Badan tidak mengenali kalori dari minuman dengan cara yang sama seperti makanan. Anda tidak akan merasa kenyang dengan minuman. Ini akan meningkatkan risiko untuk anda mengambil air manis secara berlebihan atau tidak mengurangkan kalori makanan anda. Apabila dikedai makan, anda boleh biasakan untuk memesan air yang kurang manis.

Menghindari Pencuci Mulut Tinggi Gula

Bahaya Pada Makanan Pencuci Mulut - March 2021 | Motherhood Malaysia

Pencuci mulut atau manisan yang berasakan bijirin dan tenusu seperti kek, donut, pie dan aiskrim adalah antara pencuci mulut yang popular di negara kita. Tetapi tahukah anda, kebanyakan pencuci mulut tidak membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Keinginan kepada makanan begini lebih kepada keinginan dan nafsu kepada makanan manis. Ia boleh menaikkan paras gula dalam darah dan boleh menyebabkan keletihan, kelaparan dan lebih keinginan kepada gula.

Jika anda teringin makanan manis, anda boleh menggantikannya dengan buah-buahan, coklat gelap, kurma dan juga yogurt yang mengandungi buahan segar. Dengan menukar pencuci mulut yang tinggi gula kepada buah-buahan anda bukan sahaja mengurangkan kadar pengambilan gula, bahkan  meningkat pengambilan fiber, vitamin dan mineral kepada badan anda.

Mengindari Sos

Sebagai orang Malaysia, sekurang-kurangnya terdapat lima jenis sos yang ‘wajib’ ada didalam dapur. Sos akan menjadi bahan penyedap kepada makanan. Kita akan makan bersama kentang, ayam, keropok, nasi goreng, mee goreng dan sebagainya.  Walaubagaimanapun, tidak ramai sedar paras kandungan gula yang terdapat didalam sos tersebut.

Sebagai langkah untuk mengurangkan pengambilan gula, anda perlu sentiasa membaca label dan pilih sos yang mengandungi kadar gula yang rendah. Disamping itu, anda boleh menggantikan dengan bahan yang lain seperti herba kering, rempah ratus, cili segar, cuka dan mayonis. Anda perlu menjadi kreatif untuk menyesuaikan rasanya.

Memeriksa Label Makanan

Kenali Nama Gula Pada Label Makanan/Minuman ~ Pengedar Shaklee | Kedai  Vitamin Bandar Baru Bangi

Makanan dalam tin atau dipek akan menjadi pilihan kerana ianya memudahkan dan menjimatkan masa. Selepas ini, cuba anda periksa label makanan tersebut kerana makanan dalam tin selalunya mengandungi gula tambahan.

Hindari makanan dalam tin yang mengandungi gula terutama buahan dalam tin. Buah-buahan sudah mempunyai gula semulajadi, maka pilih buahan dalam tin yang tidak mempunyai gula tambahan atau direndam didalam jus sendiri.  Selain itu, anda boleh membuang air didalam tin tersebut dan hanya mengambil buah atau sayurnya sahaja.

Tambahan lagi, anda boleh memeriksa kandungan gula didalam makanan dipasaran dengan melihat senarai kandungan bahan yang digunakan.  Jika gula berada ditempat pertama, ini menunjukkan gula adalah bahan yang terbanyak digunakan. Syarikat makanan juga menggunakan banyak nama lain sebagai pengganti gula yang menyukarkan pengguna untuk mengesannya. Sebagai contoh mereka menggunakan perkataan sirap jagung, karamel, gula tebu, maltosa, dextrosa dan lain-lain.

Mempertimbangkan Pemanis Semulajadi

Stevia - The Permaculture Research Institute

Pada sesetengah orang, gula boleh menjadi ketagih seperti dadah atau alkohol. Terdapat kajian yang menunjukkan gula memberikan kesan yang sama seperti dadah kepada otak. Ketagihan kepada gula akan menyebabkan seseorang perlu untuk mengambil gula bagi menghilangkan rasa ketagih itu.

Ini menunjukkan susah bagi seseorang untuk berhenti mengambil gula. Jika anda termasuk dalam golongan tersebut, anda boleh mencuba beberapa alternatif pemanis semulajadi. Stevia (ekstrak tumbuhan), erythritol (dijumpai dalam buah dan tidak menyebabkan gula dalam darah meningkat) dan xylitol (dijumpai dalam buah dan sayur dan tidak menyebabkan gula dalam darah meningkat) adalah pemanis semulajadi yang boleh dicuba.

Jangan Berbelanja Apabila Lapar

Why Grocery Shopping While Hungry Can Mean a Week of Unhealthy Snacking |  SheSpeaks

Cara terakhir yang boleh diamalkan adalah dengan tidak berbelanja apabila lapar. Apabila anda berbelanja dalam keadaan lapar, anda bukan sahaja akan membeli banyak makanan, malah anda akan cenderung untuk membeli makanan yang kurang sihat. Pastikan anda makan dahulu sebelum anda keluar membeli barang.

~Anda terlalu sibuk dan penat untuk keluar membeli barang segar? Layari pasarhub.my bagi penghantaran barangan segar ke depan rumah anda.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.