fbpx

CARA MENURUNKAN BERAT BADAN BAGI YANG SUDAH BERUMUR

Apabila usia semakin meningkat, semakin sukar untuk anda menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi pada mereka yang berumur 40 tahun keatas. Ini didorong oleh perubahan hormon dan aktiviti seharian. Terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil bagi menurunkan berat badan iaitu:

1. Lebihkan bergerak

Ujian Memandu Elektronik Menggunakan Kamera Litar Tertutup Akan  Diperkenalkan Ke Seluruh Negara – Amanz

Prinsip yang boleh dipegang apabila ingin mengurangkan berat adalah anda perlu membakar kalori melebihi dari apa yang anda ambil. Beberapa pendapat bersetuju bahawa hidup yang tidak aktif  akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, obesiti dan mempunyai kesihatan yang rendah pada kebiasaannya.

Salah satu faktor penyumbang kepada kehidupan tidak aktif adalah dengan mempunyai kerja yang berkait dengan duduk yang banyak seperti kerja dipejabat, pemandu dan juruwang. Walaubagaimanapun, adalah digalakkan untuk berehat seketika setiap setengah jam bekerja. Ini membantu mengurangkan masa duduk dan berpotensi untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. `

2. Mendapatkan tidur yang cukup

Tidur Cukup dan Banyak Membaca Dapat Menjaga Otak di Usia Tua -  Hidayatullah.com

Terdapat beberapa kajian yang mengatakan  terdapat hubungkait diantara waktu tidur yang singkat dan tidur yang tidak berkualiti dengan peningkatan risiko terjadinya obesiti. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan tidur yang berkualiti. Antaranya, tetapkan waktu tidur dan waktu bangun yang sama pada setiap hari bagi memastikan anda mendapat tidur yang mencukup. Ini membantu otak anda untuk terbiasa dan akan memudahkan anda untuk tidur dilain hari. Selain itu, anda perlu menjauhkan segala gangguan seperti telefon bimbit agar tidur anda tidak terganggu.

3. Waktu makan yang teratur

Ingin Lebih Sehat? Sesuaikan Waktu Makan dengan Jam Tubuh - Info Sehat  Klikdokter.com

Ramai orang suka tidak mengambil sarapan dengan alasan supaya mudah untuk menurunkan berat badan. Sebenarnya, ia bukanlah idea yang bijak. Apabila anda tidak mengambil sarapan, anda lagi terdedah untuk mendapat obesiti. Ini kerana anda akan cenderung untuk makan melebihi yang sepatutnya pada waktu tengahari.

Selain itu, anda berkemungkinan akan mengambil snek yang tidak berkhasiat bagi menggantikan sarapan yang tidak diambil. Jika anda suka makan snek pastikan anda mengambil snek rendah lemak atau kekacang yang lebih berkhasiat. Anda boleh juga mengambil buah dan sayuran. Buah dan sayuran bukan sahaja rendah kandungan kalori tetapi turut mengandungi nutrien-nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Snek yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan memudahkan peningkatan lemak badan.

4. Lebihkan berjalan

Masalah berjalan?

Cara yang seterusnya adalah dengan lebihkan berjalan. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk lakukannya,  mulakan dengan meletak kereta jauh dari tempat yang dituju. Selain itu, anda boleh cuba berhenti satu stesyen awal dari tempat yang dituju apabila menaiki kenderaan awam. Ini akan memaksa anda untuk berjalan lebih dari yang sepatutnya. Kalori yang berlebihan akan dapat dibakar bagi mengekalkan berat badan yang ideal.

Jika anda terasa bertenaga, anda juga boleh menyertai aktiviti sukan untuk mengisi masa lapang. Pilih sukan yang santai dan anda suka. ini merupakan kunci untuk anda kekal lama didalam sukan tersebut. Anda boleh sertai yoga, zumba, senamrobik atau lain-lain lagi.

Seperkara lagi, anda boleh menggunakan smart watch untuk mengetahui jumlah langkah harian. Anda akan rasa lebih termotivasi untuk terus melakukan aktiviti demi menaikkan jumlah langkah. Smart watch juga boleh mengira kuantiti kalori yang terbakar berdasarkan aktiviti harian anda.

5. Berteman

Hal Terburuk #1 yang Kamu Katakan Kepada Teman yang Gemuk - Woop.id

Teman yang mempunyai matlamat yang sama akan lebih memudahkan anda. Terdapat pelbagai manfaat apabila anda mempunyai teman yang mempunyai minat yang sama. Anda boleh melakukan bersenam dan berkongsi resepi sihat bersama. Anda pasti akan lebih bersemangat untuk menurunkan berat badan.

Seandainya anda mempunyai duit yang berlebihan, anda juga boleh menggaji jurulatih peribadi agar anda kekal dilandasan yang betul. Jurulatih akan memberi nasihat tentang langkah yang terbaik untuk anda mengurangkan berat badan. Namun, jika anda tidak mampu, jangan risau, anda masih mempunyai pilihan yang lain. Anda boleh mengikuti jurulatih tertentu di saluran Youtube dan ia adalah percuma.

6. Tetapkan matlamat yang realistik

Get SMART: How to Set Realistic Goals | Independence University

Penting untuk tidak terlampau mencuba untuk mengurangkan berat dengan cepat atau terlalu memaksa diri untuk mencapat matlamat yang tidak realistik. Ini seakan mendera diri dan risau ianya akan memudaratkan. Tidak mencapai matlamat yang diingini akan menyebabkan anda kecewa. Akibatnya anda akan mula mengabaikan pemakanan sihat dan senaman yang dilakukan. Seharusnya, anda perlu menetapkan matlamat yang mudah dicapai agar lebih bersemangat apabila berjaya mencapai matlamat yang diingini.

7. Angkat berat

Rentan Covid-19, Ini Kiat Pencegahan bagi Pasien dengan Penyakit Kronis

Cara ini sesuai kepada mereka yang rasa masih bertenaga dan mampu. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang bakal mencederakan diri sendiri. Peningkatan usia akan diiringi dengan kehilangan jisim dan kekuatan otot. Dengan melakukan latihan angkat berat dapat membantu mengekalkan berat badan yang sederhana. Angkat berat turut berupaya untuk meningkatkan kekuatan tulang, mencegah kecederaan dan memudahkan seseorang untuk mengikuti rutin senaman seterusnya.

8. Kawal tekanan

Kena Bijak Kawal Tekanan Kalau Tak Nak Rambut Beruban Di Usia Muda -  MASKULIN

Terdapat kajian yang mengatakan apabila seseorang mengalami tekanan, dia akan cenderung untuk makan berlebihan. Bukan itu sahaja, tekanan akan menyebabkan penghasilan hormon cortisol oleh badan. Peningkatan kandungan cortisol akan mempengaruhi kenaikan berat badan, terutama di bahagian perut dan muka. Kurangkan tekanan akan mampu untuk kekalkan berat badan.

9. Makan dengan tenang

Stop' makan nasi seminggu bukti lelaki buncit boleh kurus | Free Malaysia  Today (FMT)

Cara lain yang perlu dilakukan untuk mengurangkan berat adalah makan dengan tenang. Ini dimaksudkan dengan makan tanpa melakukan aktiviti lain. Kebanyakan kita suka makan sambil membuat kerja dikomputer atau sambil menonton televisyen. Tindakan sedemikian akan mengganggu tumpuan dan boleh menyebabkan makan berlebihan.

10. Kurangkan makan luar

masak bujang resepi mudah masak sendiri 5 - YouTube

Adakala makan diluar akan menjadi pilihan utama kerana sibuk dengan aktiviti lain. Sukar untuk mengetahui apa yang telah dimasukkan kedalam makanan apabila makan diluar. Tukang masak mungkin akan memasukkan bahan tersembunyi bagi menyedapkan makanan. Ini termasuklah garam, gula dan bahan perisa yang berlebihan.

Seperkara lagi, anda pasti akan memesan minuman manis apabila makan diluar. Minuman manis antara penghalang untuk penurunan berat badan. Gula yang berlebihan turut menyumbang kepada penyakit kencing manis dan penyakit kardiovaskular. Dengan memasak sendiri dirumah, anda akan lebih peka bahan apa yang masuk kedalam badan anda.

Setiap orang akan mengalami penyusutan badan yang berbeza, ada yang cepat dan ada yang lambat. Anda perlu tetap konsisten dan tidak berputus asa. Semoga berjaya.

~Ingin membeli barang segar tanpa keluar rumah, layari pasarhub.my sekarang.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.