fbpx

CARA PEMBUATAN IKAN MASIN HOMEMADE

Ikan masin antara hidangan yang mampu membangkitkan selera bagi sesetengah orang. Terutama jika disertakan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Ikan masin turut sedap dimasak sambal, gulai, kari dan acar. Ikan masin boleh dibuat dengan menggunakan pelbagai jenis ikan. Antara ikan yang sering digunakan ialah ikan gelama, cencaru, kembung, tenggiri, duri dan timah.

Ikan masin agak sukar didapati terutama bagi mereka yang tinggal dibandar. Kebanyakan ikan masin dihasilkan oleh orang bukan Islam. Ini menimbulkan rasa was-was akan tahap kebersihan dan status Halalnya. Untuk mengelakkan rasa was-was, apa kata anda cuba buat sendiri ikan masin homemade yang pasti menepati citarasa sendiri.

RESEPI IKAN MASIN HOMEMADE

Bahan-bahan

  • Ikan segar
  • Garam kasar

Cara membuat

1.Siang ikan dan belah ikan dari bahagian belakang. Pastikan ikan tidak terputus dua. Dengan menggunakan gunting, belah dua kepala agar kita dapat buka ikan seprti gambar diatas. Jadikan ikan berbentuk seprti rama-rama.

2.Buang segala isi perut dan juga insang ikan. Kalau ada telur ikan, terpulang sama ada ingin simpan atau buang. Kemudian, bersihkan ikan dengan air bersih.

Image result for basuh ikan masin

3.Susun ikan didalam bekas dan taburkan garam kasar ke atas setiap ekor ikan. Lapiskan ikan dan pastikan setiap lapisan telah ditabur dengan garam. Anggarannya dua genggam penuh garam untuk selapis ikan. Garam perlu banyak bagi mengelakkan ikan busuk semasa proses pengeringan.

Image result for basuh ikan masin

4.Tutup bekas dengan penutup kedap udara dan biarkan semalaman. Anda boleh menyimpan bekas diruang biasa tanpa memasukkan ke dalam peti sejuk.

5.Setelah semalaman, ambil ikan yang diperap dan bilas ikan. Pada masa ini kita kena sesuaikan rasa yang dikehendaki. Jika terasa terlebih masin, rendam seketika didalam air bagi mengurangkan rasa masin. Tetapi jangan terlalu lama agar tidak terlalu tawar. Bagi mengelakkan pembentukan bunga garam, pastikan semua ikan dibasuh bersih dan toskan airnya.  

Image result for basuh ikan masin

6.Setelah itu, susun ikan diatas para atau dulang. Jemur ikan di bawah terik mathari. Seeloknya, mula menjemur mula dari pagi agar ia kering menjelang petang. Jika didapati ikan masih lembap, boleh ulang semula proses pengeringan pada keesokan harinya. Ikan yang dibiarkan kering elok akan lebih tahan lama dan tidak hapak.

7.Setelah kering, bolehla disimpan ikan masin ke dalam bekas.

Image result for ikan masin

8.Ikan masin homemade sedia untuk digoreng atau dimasak mengikut selera anda.

Tips

  1. Anda boleh merenjis sedikit cuka keatas ikan sebelum menjemur ikan bagi menjauhkan lalat dari mendekati ikan.
  2. Ada sesetengah orang yang suka menjemur ikan diatas bumbung. Ada yang berpendapat, makin tinggi tempat ikan dijemur, makin sukar lalat untuk hinggap.
  3. Jika musim hujan dan ikan tidak kering dengan sepenuhnya, seeloknya simpan didalam peti sejuk beku bagi mengelakkan ikan kering dari busuk dan hapak.

CARA MUDAH MENGGORENG IKAN MASIN

Kadang-kala, ekor ikan akan tertanggal apabila menggorengnya. Bagi memastikan ikan masin dimasak sempurna tanpa tertanggal ekor atau kepala, anda boleh cuba melakukan petua mudah ini.

Bahan-bahan

  • Ikan masin
  • Tepung Gandum

Cara membuat

  1. Basuh ikan masin dengan bersih. Bagi ikan masin yang dibeli, anda boleh merendam seketika jika ikan terlalu masin.
  2. Selepas itu, salutkan ikan dengan tepung gandum. Untuk menjaga ekornya, lebihkan salutan pada bahagian ekor.
  3. Kemudian bolehla digoreng. Siap!

Terasa penat untuk membeli barang dapur? Ingin membeli barang segar tanpa keluar rumah? Sila layari pasarhub.my

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.