fbpx

CARA SELAMAT KE PASAR KETIKA COVID

Hampir setahun telah berlalu sejak kes pertama Covid19 berlaku di Malaysia (23 Januari 2020). Virus ini terus menyerang orang ramai dan lebih kurang 422 nyawa telah diragut. Oleh kerana  vaksin masih belum ada di Malaysia, semua orang harus memainkan peranan untuk menjaga diri masing-masing. Saya senaraikan beberapa langkah yang boleh diambil bagi menjaga keselamatan diri apabila keluar membeli barang. 

MEMAKAI PENUTUP MUKA

Ini adalah langkah keselamatan yang paling penting untuk diambil. Dengan memakai penutup muka, ia dapat menghindari virus dari disebarkan melalui hidung dan mulut. Anda juga akan dapat mencegah diri daripada menjadi penyebar virus. Pastikan anda memakai penutup muka dengan sempurna. Iaitu ia perlulah menutupi hidung, mulut dan dagu. Tambahan lagi, dengan memakai penutup muka, anda dapat menghindar diri daripada menyentuh muka. Bahagian mulut, mata dan hidung adalah tempat yang perlu dilindungi. Terdapat pelbagai jenis penutup muka yang terdapat dipasaran dari murah sehingga yang mahal. Tetapi anda perlulah bijak memilih jenis penutup muka agar ia mencapai objektif pemakaiannya. Selain itu, adalah lebih bagus jika anda memakai jaket atau baju lengan panjang supaya tidak terdedah kepada virus yang tidak dapat terlihat oleh mata kasar. 

SENARAIKAN BARANG YANG PERLU DIBELI

Jika terpaksa untuk keluar, pastikan membuat dahulu senarai barang yang perlu dibeli. Ini supaya dapat memendekkan masa yang diambil ketika di pasaraya. Kelebihan membuat senarai barang yang perlu dibeli adalah untuk mengurangkan masa anda berada diluar. Anda tidak perlu lagi mengambil masa yang lama untuk memilih barang. Disamping itu, adalah lebih baik untuk anda membuat bayaran tanpa menggunakan wang tunai. Anda boleh menggunakan kad kredit atau kad debit sebagai medium pembayaran. Ini merupakan salah satu langkah keselamatan kerana kita tidak tahu dengan siapa wang itu telah bertukar tangan. 

TIDAK MEMBAWA ORANG YANG RAMAI

Dalam keadaan sekarang bukan lah masa untuk keluar berseronok atau berjalan-jalan. Anda dinasihatkan untuk tidak membawa anggota keluarga yang ramai untuk keluar membeli barang. Cukuplah sekadar bapa atau ibu bapa sahaja. Jika terdesak kerana tiada orang untuk menjaga anak kecil, tinggalkan mereka seketika dirumah saudara terdekat. Selain itu, boleh juga tinggalkan anak kecil bersama dengan adik beradik yang sudah besar didalam kereta. 

TERUS MANDI APABILA SAMPAI RUMAH

Selain itu, anda perlu mandi sejurus sampai dirumah. Pakaian yang telah digunakan perlu terus dibasuh. Ini bagi mengelakkan anda dari menyebarkan virus ke ahli keluarga dirumah. Anda tidak tahu siapa yang anda jumpa diluar yang telah dijangkiti penyakit. Anda juga mungkin sudah menyentuh kuman ketika memilih barang dipasaraya. Ketika berada diluar, patuhi etika ketika ingin bersin atau batuk. Gunakan siku untuk menutup percikan dari tersebar. Jika anda menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan didalam tong sampah. Jangan guna tisu yang sama berulang kali. Begitu juga jika anda menggunakan sapu tangan. Jangan gunakan sapu tangan yang sama berulang kali. Basuh sapu tangan yang telah digunakan dengan sabun pencuci.  

BASUH TANGAN DENGAN SABUN ATAU GUNA HAND SANITIZER

FELDA - Langkah-Langkah Mencuci Tangan

Virus ini boleh disebarkan melalui sentuhan. Salah satu langkah keselamatan yang boleh diambil adalah dengan sentiasa basuh tangan apabila menyentuh sesuatu permukaan. Gunakan hand sanitizer apabila tiada tempat untuk mencuci tangan. Pastikan hand sanitizer yang digunakan mempunyai paras alkohol yang melebihi 60 peratus bagi menjamin keberkesanannya. Anda digalakkan untuk tidak memakai sebarang aksesori seperti gelang, cincin dan anting-anting. 

SOCIAL DISTANCING

Amalkan penjarakan sosial selagi mana anda berada dikawasan ramai orang. Jarak minimum antara dua orang adalah 1 meter. Sesetengah tempat telah sediakan petak bagi membantu anda untuk menjaga jarak. Ikut sahaja petak yang telah disediakan. Ini untuk keselamatan semua orang. 

Sentiasa berhati-hati walau dimana anda berada. Jangan  keluar jika tiada urusan yang penting. Kita jaga kita.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.