fbpx

HERBA BARAT TERKENAL YANG JARANG DIGUNAKAN OLEH ORANG MALAYSIA

Sebagaimana masakan Melayu, orang Barat turut memiliki herba tersendiri sebagai penambah perasa dalam masakan. Setiap herba ini membantu untuk menaikkan lagi rasa, tekstur, aroma dan warna dalam masakan. Sesetengah herba ini boleh didapati dalam keadaan segar dan juga kering. Namun, ianya tidak mudah kerana kebanyakan herba ini tidak sesuai ditanam dinegara kita.

Walaubagaimanapun, herba kering masih boleh digunakan dan mempunyai rasa yang hampir sama dengan yang segar. Selain itu, ianya lebih mudah disimpan dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Anda boleh cuba bereksperimen dengan semua herba ini kedalam masakan anda. Selamat mencuba.  

Basil

9 Weird and Wonderful Types of Basil — Íko Systems | Smart Micro Greenhouses

Daun basil adalah salah satu ramuan masakan yang penting bagi masakan barat. Daun ini juga boleh digunakan sebagai ramuan aromatik dalam air teh yang mampu memberikan berbagai manfaat kesihatan. Nama sainstifik bagi daun basil adalah ocimum basilicum. Pelbagai jenis daun basil boleh ditemui dan setiap satunya mempunyai kegunaan yang tersendiri.

Sesuai dengan nama nya, kayu manis basil yang berasal dari Mexico memiliki aroma seperti kayu manis dan akan digunakan didalam masakan kekacang. Sweet basil antara yang paling popular dan biasanya dijual kering disupermarket. Selain itu, terdapat Thai basil yang memiliki sedikit rasa manis dan selalu digunakan dalam masakan Thailand dan Asia Tenggara. Basil yang lainnya pula adalah purple basil, tulsi atau holy basil, dan Mrs Burns basil.

Rosemary

HERBS ROSEMARY – Brown Tree

Daun rosemary adalah herba yang paling aromatik dan tajam dari semua herba. Dalam bahasa Latin, rosemary bermaksud embun laut kerana berasal dari Laut Tengah. Daunnya berbentuk seperti jarum memiliki rasa lemon-pine yang sesuai dengan hidangan seperti kambing panggang, ayam dan pizza. Daun rosemary akan dicincang halus sebelum ditambah kedalam masakan agar rasanya menyerap semasa proses memasak. Oleh kerana rasanya yang kuat, daun rosemary sesuai untuk diletakkan pada awal masakan dan ditambah jika tidak mencukupi. Penggunaan daun rosemary yang berlebihan boleh menjejaskan rasa pada masakan.

Oregano

Why you should use oregano in your cooking - Times of India

Daun oregano telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai penambah rasa dalam masakan dan merawat masalah kesihatan tertentu. Orang Yunani dan Rom mengaitkan daun oregano dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Nama oregano berasal dari kata Yunani ‘oros’ yang bermaksud gunung dan ‘ganos’ yang bermaksud kegembiraan.

Daun oregano kerap digunakan didalam pizza dan sos pasta. Namun, ia juga sesuai untuk hidangan lain seperti masakan laut, ayam dan burger. Bunga dari pokok oregano yang berwarna merah jambu atau ungu juga boleh dimakan. Daun oregano yang segar mempunyai rasa yang lebih kuat. Hidangan boleh menjadi pahit dan tidak seimbang jika gunakan terlalu banyak.

Thyme

Harvesting Thyme And How To Dry Thyme

Thyme adalah herba yang mempunyai daun kecil. Herba ini boleh digunakan secara keseluruhan dengan batang atau hanya menggunakan daun sahaja. Batang thyme jenis berserat, makan ia tidak akan hancur walau dimasak. Oleh itu, jika anda masak bersama batangnya, pastikan angkat dan buang batang sebelum dihidang. Daun thyme sesuai dimasak dengan hampir semua jenis daging, ikan dan sayuran. Ia juga boleh digunakan untuk menambahkan rasa bagi perapan, sup, stok dan juga teh. Semakin lama masakan, semakin kuat rasa yang diberikan.

Parsley

Italian Parsley | Premium Garden Seeds | Hoss Tools

Daun parsley dikenali kerana sering dijadikan hiasan. Warna hijau menaikkan seri masakan seterusnya dijadikan sebagai sentuhan terakhir yang sempurna dalam proses memasak. Daun parsley mempunyai rasa sedikit pahit yang berfungsi sebagai kontras untuk menekan rasa lain didalam hidangan, sama seperti fungsi kulit lemon.

Disamping itu, daun parsley juga sebenarnya boleh digunakan dalam pelbagai masakan lain. Sebagai contoh, masakan berasaskan sup, rebusan, sos, bebola daging, burger dan lain-lain lagi. Daun parsley adalah sumber yang baik untuk mendapatkan vitamin C, kalsium, iron dan fiber.

Dill

Bouquet Dill | For Making Pickles | Premium Garden Seeds | Hoss Tools

Herba seterusnya adalah daun dill. Dill boleh digunakan dalam dua bentuk iaitu daunnya yang hijau berbulu dan buah bujur yang dijadikan sebagai rempah. Selain parsley, daun dill juga selalu dijadikan sebagai hiasan. Oleh kerana rasanya yang unik, sedikit daun dill sudah cukup sebagai penambah rasa. Daun dill sangat sesuai dimakan bersama salad. Daun dill akan hilang rasanya apabila semakin lama dimasak. Sebab itu, ia akan dimasukkan apabila masakan sudah hampir siap. Daun dill membekalkan sedikit kalsium, vitamin A, vitamin C dan fiber.

Pudina

Khasiat Daun Pudina. Bukan Sekadar Menyegarkan Bau Nafas Je Tau

Daun pudina bukan sahaja popular dalam masakan barat bahkan masakan Malaysia. Daun pudina mempunyai bau yang harum dan menyegarkan sesuai digunakan dalam pelbagai jenis makanan. Selain itu, ia turut diproses untuk dijadikan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan. Antaranya, ubat gigi, penyegar nafas, losyen, teh dan bermacam lagi.  Pucuk pudina pula selalu dijadikan sebagai penaik seri hidangan. Di negara arab, daun pudina akan digunakan sebagai pelengkap bagi hidangan kambing. Dinegara kita, daun pudina selalu digunakan dalam laksa.

~Ingin mendapatkan barangan segar tanpa perlu keluar rumah? Layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.