fbpx

JENIS IKAN YANG BOLEH DIDAPATI DI PASAR TEMPATAN

IKAN BAWAL

Image result for ikan bawal

Ikan bawal secara amnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu bawal emas, bawal putih dan bawal hitam. Ikan bawal putih mendapat permintaan yang tinggi jika dibandingkan dengan bawal hitam dan emas. Ini kerana tekstur dan rasanya yang lebih sedap. Ikan ini banyak terdapat di Lautan Hindi, Afrika, Jepun dan Malaysia. Ikan bawal adalah jenis ikan yang hidup secara berkumpulan. Oleh kerana itu, nelayan akan menggunakan pukat untuk menangkapnya. Bagaimanapun, ia masih boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai. Ikan bawal selalu dijadikan hidangan istimewa dimeja pengantin kerana mudah dimasak disamping rasanya yang enak.

IKAN TENGGIRI

Image result for ikan tenggiri

Ikan tenggiri atau Spanish mackerel tergolong  dari keluarga Scombridae. Ianya sejenis ikan yang berminyak dan diperkaya dengan omega-3 asid lemak. Ikan ini sering ditemui dalam kelompok yang kecil. Oleh kerana sifat karnivor mereka, ikan ini mempunyai rahang yang besar dan gigi yang tajam dan mampan. Makanan utama ikan tenggiri adalah sotong dan ikan yang lebih kecil. Terdapat beberapa spesis ikan tenggiri yang boleh didapati di perairan Malaysia. Tetapi yang paling sinonim adalah tenggiri batang, tenggiri bunga dan tenggiri papan.

IKAN SELAYANG/SARDIN

Image result for ikan selayang

Ikan selayang turut dikenali sebagai ikan basung. Spesis ikan ini akan bergerak secara berkumpulan dan gemar berhijrah bagi mencari makanan. Makanan utama bagi ikan selayang ialah anak ikan kecil dan plankton. Oleh sebab itu, ia akan menjadikan unjam atau payau sebagai lokasi mencari makanan. Ikan selayang selalunya ditangkap menggunakan pukat, pancing dan tangkul. Ikan selayang menjadi pilihan kerana harganya yang mampu milik. Selain itu, isinya yang lembut dan kurang berlemak sesuai untuk dijadikan keropok. Bagi orang pantai timur, mereka gemar memasak gulai lemak kuning ikan selayang.

IKAN SELAR

Image result for ikan selar

Ikan selar terdiri dari keluarga Scombridae dan Clupidae. Ikan ini hidup secara berkumpulan dan terdapat banyak jenis ikan selar yang boleh didapati. Antaranya selar papan, selar jalu-jalu, selar batang dan lain-lain lagi. Ikan selar boleh dikenali melalui badannya yang berwarna kuning dan sedikit berbelang. Ada orang yang sering tertukar ikan ini dengan ikan kembung kerana rupanya yang hampir sama. Ikan selar sering menjadi pilihan  kerana bersaiz kecil, murah dan sesuai untuk keluarga yang besar.

IKAN PATIN

Image result for ikan PATIN

Ikan patin adalah sejenis ikan air tawar yang boleh ditemui disungai dan lombong. Bentuk fizikal bagi ikan ini adalah tidak bersisik, mempunyai misai dan mempunyai isi yang lembut. Saiznya boleh mencapai sehingga 1 meter dan berat sehingga 20kg. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang boleh didapati antaranya ikan patin kolam, patin sangkar dan patin buah. Makanan utama bagi ikan ini adalah anak ikan, buah-buahan dan juga udang. Ikan patin terkenal diPahang dan lazimnya diternak kerana permintaan yang tinggi.

IKAN SIAKAP

Image result for ikan SIAKAP

Ikan siakap mempunyai badan yang panjang, bermulut besar dan ekor yang lurus. Ikan ini digemarikaki pancing kerana sifatnya yang suka melawan. Ikan siakap boleh mencapai panjang 1 meter dengan berat antara 10kg-25kg bergantung kepada tahap lemak. Diet ikan ini terdiri daripada crustacean, moluska dan ikan kecil. Isi ikan ini yang pejal dan manis menjadikan ianya ikan yang popular di kedai-kedai makan terutamanya kedai makan Siam. Jenis ikan ini sedap dimasak stim limau dan juga tiga rasa.

IKAN KERISI

Image result for ikan KERISI

Ikan kerisi merupakan ikan air masin yang mudah ditemui dipasar-pasar. Ia mempunyai sisik yang tebal dan berwarna kemerah-merahan. Ikan ini termasuk dalam kategori ikan terancam kerana tangkapan yang berlebihan. Justeru, penangkapannya memerlukan lesen bagi mengawal populasinya kembali.

IKAN KELI

Image result for ikan KELI

Ikan keli yang juga dikenali sebagai ‘catfish’ terdapat hampir diseluruh negara Asia. Ikan ini spesis yang amat mudah ditemui dan mempunyai daya tahan yang tinggi berbanding ikan lain. Ikan ini mempunyai badan yang licin, berlendir dan tidak bersisik. Habitat bagi ikan ini ialah disemua perairan air tawar. Uniknya bagi ikan ini, ia mempunyai insang tambahan bagi membantu ikan ini bernafas. Disamping itu, sesungutnya digunakan sebagai deria bagi mendapatkan makanan dan membantu semasa berenang. Ikan ini selalu menjadi santapan dengan dimasak goreng kunyit dan sambal.

IKAN KERAPU

Image result for ikan KERAPU

Ikan kerapu ialah spesis yang tidak mampu untuk berenang pantas dan jarak jauh. Ikan kerapu mampu membesar melebihi satu meter dengan mencapai berat 100kg. Ikan ini  tidak mempunyai banyak gigi ditepi rahang. Justeru, ia tidak menggigit mangsa, sebaliknya akan menelan mangsa dengan sedutan. Ia mampu untuk menyedut mangsa dari jarak yang agak jauh. Makanan utamanya adalah ikan, krustasea dan sotong kurita. Rekod dunia bagi aktiviti memancing ikan ini adalah 308.44kg yang ditangkap di Pantai Fernanidna, Florida pada tahun 1961. Harga ikan ini boleh dikatakan agak mahal kerana isinya yang manis dan digemari ramai. Ia sesuai untuk dimasak dengan pelbagai masakan seperti tiga rasa, kari, sup dan lain-lain lagi.

Jika anda masih ragu-ragu dan tidak pasti jenis ikan, jangan risau kami di pasarhub sedia membantu. Sila layari pasarhub.my

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.