fbpx

KANDUNGAN GULA YANG TIDAK KITA SEDARI

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh badan. Terdapat tiga jenis gula yang utama iaitu sukrosa, laktosa dan fruktosa. Gula adalah antara nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Sel didalam badan boleh mati tanpanya. Walaubagaimanapun, pengambilan gula secara berlebihan akan meningkat risiko masalah kesihatan. Ini termasuklah obesiti, kencing manis, peningkatan tekanan terhadap jantung serta saluran darah dan kerosakan gigi.

Terma ‘bebas gula’ merujuk kepada glukosa, fruktosa dan sukrosa yang ditambah kedalam makanan dan minuman, serta gula yang terjadi secara semula jadi dalam sirap, madu dan jus buah. Tetapi terma ini tidak termasuk gula semulajadi yang dijumpai didalam buahan segar atau susu kerana tiada bukti berkait bahawa gula ini menyebabkan masalah kesihatan.

Bagi mengawal pengambilan, adalah penting untuk tahu kandungan gula yang terdapat dalam kebanyakan minuman.

FAKTA TENTANG KANDUNGAN GULA

  1. Lelaki tidak patut mengambil gula melebihi 9 sudu teh sehari manakala perempuan tidak melebihi 6 sudu teh.
  2. Coklat, bijirin manis dan air minuman gas selalunya mengandungi kadar gula yang tinggi.
  3. Buah-buahan mengandungi gula natural yang kurang memudaratkan berbanding gula yang ditemui didalam makanan diproses.
  4. Pengambilan gula yang kerap dan banyak akan meningkatkan risiko penyakit jantung, kencing manis dan obesiti.
  5. Gula juga boleh didapati dalam makanan berkabohidrat seperti nasi, roti, pasta dan mee.
  6. Pada label makanan, anda juga boleh kenalpasti gula melalui nama sukrosa, fruktosa, sorbitol, manitol, sirap jagung, madu, malt, maltosa, molas, ekstrak beras, golden syrup dan inverted sugar.

KANDUNGAN GULA DIDALAM MINUMAN

Tahukah anda berapa GULA sudah makan seharian? - Alpro Pharmacy
  • Air kosong – 0 sudu
  • Susu rendah lemak 250ml – 3 sudu
  • Susu berperisa 300ml – 7 sudu
  • 100% jus buah 250ml – 6 sudu
  • Coca cola tin – 7.25 sudu
  • Red bull tin – 5.35 sudu
  • Minuman isotonik 240ml – 3.25 sudu
  • Sprite tin  –  7.61 sudu
  • Minuman berkarbonat 240ml – 5 sudu
  • Minuman soya 300ml – 5.50 sudu
  • Air laici 300ml – 6.50 sudu
  • Air cincau 300ml – 5.50 sudu

KANDUNGAN GULA DIDALAM BUAHAN (100 GRAM)

Is Sugar From Fruit The Same As Sugar From Candy? | Cooking with Kathy Man
  • Mangga – 2.77 sudu
  • Pisang – 2.48 sudu
  • Epal – 2.11 sudu
  • Nenas – 2 sudu
  • Anggur – 3.14 sudu
  • Lemon – 0.5 sudu
  • Kiwi – 1.82 sudu
  • Apricot – 1.87 sudu
  • Strawberi – 0.99 sudu

KANDUNGAN GULA DIDALAM KUIH

Tahukah anda berapa GULA sudah makan seharian? - Alpro Pharmacy
  • Kuih koci – 2.25 sudu
  • Kuih keria – 2.25 sudu
  • Seri muka 2.25 sudu
  • Donat 1.75 sudu
  • Kuih lapis 1.25 sudu
  • Lepat pisang 2.25
  • Puding jagung 1.75 sudu

KANDUNGAN GULA DIDALAM COKLAT

Tahukah anda berapa GULA sudah makan seharian? - Alpro Pharmacy
  • Coklat cadbury – 6 sudu
  • Kitkat – 5 sudu
  • Coklat mars – 4 sudu
  • Toblerone – 6 sudu
  • Hershey’s – 4 sudu
  • Kinder bueno – 4 sudu

CARA UNTUK KURANGKAN PENGAMBILAN GULA

7 Langkah Kurangkan Gula
  1. Jadikan kebiasaan untuk meminum air kosong.
  2. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis.
  3. Pesan air kurang manis apabila minum dikedai.
  4. Pilih kek atau kuih yang rendah kandungan gula.
  5. Makan buah dan salad sebagai pengganti snek tinggi gula.
  6. Masak sendiri adalah lebih baik. Anda boleh mengubahsuai resepi jika perlu.
  7. Semak kandungan gula pada senarai kandungan pada sesuatu produk makanan. Bahan yang berada awal pada senarai ramuan merupakan bahan yang paling tinggi kandungannya.
  8. Pilih produk rendah gula dan bebas gula.  
  9. Elakkan pengambilan makanan tinggi gula sebagai snek antara dua waktu makan utama.

~Ingin dapatkan barangan segar secara online? Layari pasarhub.my sekarang.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.