fbpx

MAKANAN TINGGI KOLAGEN UNTUK KEKAL MENARIK

Penuaan adalah salah satu proses semulajadi yang akan dilalui oleh semua orang. Penuaan akan membawa kepada perubahan kepada fizikal, termasuk kedutan dan kendur pada kulit. Walaupun ramai wanita yang masih tidak mempunyai tanda-tanda penuaan, mereka sudah rasa tertekan. Sehingga ada yang sanggup untuk berbelanja besar untuk set penjagaan badan dan muka.

Apa Itu Kolagen?

Collagen: What is it and what are its uses?

Terdapat pakar yang mengatakan bahawa kolagen mampu untuk melambatkan proses penuaan. Kolagen adalah protein yang penting untuk kesihatan dan fungsi tisu penghubung didalam badan anda. Tisu penghubung menghubungkan bahagian badan berbeza (kulit, tulang dan organ) dan memberikan keanjalan kulit dan bentuk badan. Tanpa kolagen, badan anda mungkin akan kelihatan sangat berbeza.

Semakin berusia, badan akan kurang menghasilkan kolagen terutama kepada wanita yang melalui menopose. Ini kerana badan akan mengalami kesukaran untuk menghasilkan kolagen kerana tidak mendapat nutrien yang mencukupi bagi penghasilan kolagen. Walaubagaimanapun, dengan pemakanan yang betul, ia akan dapat membantu badan untuk mengatasi masalah penyerapan nutrien.

Kebaikan Kolagen

The Benefits of Collagen (Anti Aging) – The Road to Wellness
  • Memberikan kulit yang anjal dan awet muda.
  • Kesihatan tulang bertambah naik kerana kandungan mineral semakin meningkat.
  • Membantu menguatkan otot.
  • Kesihatan kepada kuku, rambut dan kulit

Makanan Mengandungi Kolagen

– Sup Tulang

Benefits of Collagen Powder Supplements vs. Bone Broth

Salah satu sumber kolagen yang popular boleh dijumpai di sup tulang. Sup tulang dibuat dengan merebus tulang haiwan pada masa yang lama. Proses ini akan mengektrak kolagen dari tulang dan kulit haiwan kedalam kuah sup. Haiwan yang boleh dibuat sup termasuklah ayam, lembu, ayam belanda dan rusa.

– Telur

Using Raw Eggs In Cooking, Whats Cooking America

Telur, atau putih telur khasnya adalah sumber kolagen. Putih telur mengandungi glycine dan proline dimana ia adalah amino acid utama yang menghasilkan kolagen. Anda juga digalakkan untuk memakan kuning telur kerana ia mengandungi vitamin D dan lemak yang sihat untuk mengekalkan kesihatan kulit, tulang dan otot. Telur boleh disediakan sama ada secara direbus atau digoreng hancur.

– Ayam

What foods are rich in collagen? - Quora

Jika anda pernah menyiang ayam, pasti perasan terdapat banyak tisu penghubung yang boleh dijumpai pada daging ayam. Ini menjadikan ayam sebagai salah satu pilihan sebagai sumber kolagen. Secara spesifik, kaki ayam mengandungi lebih kolagen berbanding bahagian yang lain.

– Ikan Dengan Kulitnya

13 Foods That Boost Your Body's Natural Collagen Production

Ikan adalah sumber kolagen yang terbaik dari makanan asalkan dibiarkan kulitnya. Ini kerana kolagen banyak ditemui dikulit ikan. Selain itu, ikan turut mengandungi asid lemak omega 3 dan vitamin D.

– Sayuran Hijau

12 Best Collagen-Rich Foods - Foods High in Collagen

Bagi anda yang tidak memakan daging, anda boleh mengambil sayuran yang tinggi vitamin C. Vitamin C boleh menggalakkan badan untuk menghasilkan kolagen sendiri dan memastikan anda sihat dan kuat. Antara sayuran yang tinggi vitamin C adalah brokoli, bunga kobis dan sayuran hijau. Tambahan lagi, warna hijau sayuran diperolehi dari klorofil yang merupakan agen antioxida.

– Buahan Citrus

12 Best Collagen-Rich Foods - Foods High in Collagen

Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen. Oleh itu, penting untuk mendapatkan vitamin C yang mencukupi. Seperti yang anda tahu, buahan citrus seperti oren, lemon, dan limau adalah buahan citrus yang penuh dengan vitamin C.

– Buahan Beri

12 Best Collagen-Rich Foods - Foods High in Collagen

Seperti buah citrus, buah beri turut mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Jika ditimbang sama berat, sebenarnya buah strawberi mempunyai vitamin C yang lebih tinggi dari buah oren.  Tidak terkecuali buah rasberi, beri biru dan beri hitam juga. Tambahan lagi, buah beri mengandungi antioxidan yang tinggi. Dimana ia boleh melindungi kulit dari kerosakan.

– Kekacang

High-arginine foods: Sources, benefits, and risks

Mineral lain seperti zink adalah penting untuk penghasilan kolagen. Makanan seperti kekacang bukan sahaja dipenuhi dengan zink malah ia kaya dengan protein yang membantu anda agar kenyang dengan hanya segenggam kekacang. Selain itu, kekacang adalah snek sihat yang boleh diambil ketika lapar.

– Bawang Putih

Frequent consumption of raw garlic associated with lower liver cancer risk  in China population

Bawang putih bukan sahaja boleh digunakan sebagai penambah perasa didalam masakan, ia juga boleh menaikkankan lagi pengeluaran kolagen. Ini kerana, bawang putih tinggi dengan kandungan sulfur, yang merupakan mineral yang membantu mencegah pemecahan kolagen. Walaubagaimanapun, anda memerlukan bawang putih yang banyak untuk ia berkesan. Adalah bagus untuk menjadikan bawang putih sebagai makanan yang selalu diambil.

~Untuk memudahkan anda mendapatkan barangan segar, layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.