fbpx

RESEPI SAMBAL BELACAN/ SAMBAL TUMBUK PEMBUKA SELERA

Sambal belacan adalah menu yang tidak asing lagi bagi orang Malaysia terutama orang melayu. Kalau da namanya tekak melayu, pergilah mana-mana pelusuk dunia pun pasti merindukan rasa sambal belacan. Terasa tidak lengkap makan tanpa sambal belacan. Kehadirannya sangat penting lebih-lebih lagi jika digandingkan dengan lauk-pauk kampung seperti ikan goreng serta ulam-ulaman.

Sambal belacan boleh menaikkan lagi selera sampai mertua lalu pun tak perasan. Cara pembuatannya ringkas, sekadar belacan, cili dan juga bahan perasa sebagai penyedap. Olahan sambal belacan akan jadi semakin menarik dengan pelbagai bahan tambahan seperti petai, ikan bilis, kuinin dan sebagainya. Bagi yang mencari-cari resepi sambal belacan, saya masukkan 10 resepi sambal yang mungkin kena dengan selera anda.

Sambal Limau Nipis

Sambal Limau Kasturi

Bahan-bahan

  • *2 biji cili masak
  • *10 biji cili padi
  • *Sedikit belacan
  • 3 biji air limau kasturi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara

  1.  Cucuk belacan dengan garfu dan bakar seketika.
  2. Tumbuk semua bahan yang bertanda.
  3. Perisakan dengan garam dan gula.
  4. Apabila sudah lumat boleh diperahkan air limau.
  5. Siap untuk dihidang.

Sambal Kuinin

LALA TOP SALES PROTON 🇲🇾 on Twitter: "3. Sambal kuinin… "

Bahan-bahan

  • 8 biji cili api merah
  • 2 biji cili api masak
  • 2 biji buah kuinin
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara

  1. Cucuk belacan dengan garfu dan bakar seketika.
  2. Tumbuk cili api, cili masak, belacan dan gula.
  3. Apabila sudah hancur, boleh masukkan quinin dan kacau rata.
  4. Siap untuk dihidang.

Sambal Goreng Garing

sambal goreng garing - Vanilla Kismis

Bahan-bahan

  • *1 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *3 biji cili masak
  • *25 tangkai cili padi
  • *sedikit belacan
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Perasa (optional)

Cara

  1. Mesin kasar bahan yang bertanda *.
  2. Tumis bahan sehingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan asam keping, garam dan bahan perasa.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Sambal Kicap Cili Potong

RESEPI SAMBAL KICAP CILI POTONG
  • 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 6 biji cili api (dihiris)
  • Kicap manis
  • 2 biji limau kasturi

Cara

  1. Potong dadu bawang merah. Kemudian, hiris cili api
  2. Campurkan kicap, bawang dan cili.
  3. Perahkan asam limau.
  4. Siap untuk dihidang.

Sambal Tumbuk Petai + Ikan

Sambal Tumbuk Petai Dan Ikan Pelengkap Juadah - Dari Dapur Kak Tie

Bahan-bahan

  • *1 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *15 biji cili api
  • 2 ekor isi ikan goreng (ikut pilihan, kembung)
  • 2 papan petai
  • Garam secukup rasa

Cara

  1. Goreng bahan yang bertanda sehingga layu.
  2. Tumbuk semua bahan yang digoreng tadi bersama sedikit garam.
  3. Masukkan isi ikan goreng dan petai. Ikut selera suka ikan dengan petai hancur atau tidak.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Sambal Gesek

7 Resepi Sambal Perkongsian Wanita Ini Memang Buat Kita Telan Air Liur,  Yang Rare Pun Ada - Vanilla Kismis

Bahan-bahan

  • *1 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *15 biji cili api
  • *Sedikit belacan
  • 1/2 genggam ikan bilis (digoreng garing dan ditumbuk)
  • 1 biji limau kasturi
  • Perasa (optional)

Cara

  1. Tumbuk semua bahan yang bertanda. Jangan sampai lumat.
  2. Tumis bahan yang ditumbuk. Boleh masukkan perasa jika mahu.
  3. Setelah bahan garing, masukkan ikan bilis dan kacau rata.
  4. Perahkan limau dan gaul sebati.
  5. Siap untuk dihidang.

Sambal Totok

sambal totok - Vanilla Kismis

Bahan-bahan

  • *1 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *20 biji cili padi merah+hijau
  • *Sedikit belacan
  • 1/2 genggam ikan bilis (dibasuh dan rendam)
  • 1 biji limau nipis
  • Garam secukup rasa

Cara

  1. Goreng bahan yang bertanda sehingga layu.
  2. Tumbuk semua bahan yang digoreng tadi bersama sedikit garam.
  3. Masukkan ikan bilis yang dah ditoskan dan tumbuk sebati.
  4. Perahkan limau dan gaul sebati.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Sambal Ikan Mempelam Muda

sambal ikan mempelam muda - Vanilla Kismis

Bahan-bahan

  • 2 ekor isi ikan rebus (ikut pilihan, kembung)
  • 15 biji cili api
  • 2 biji mempelam muda (dicincang)
  • Garam secukup rasa

Cara

  1. Tumbuk cili api dan garam sehingga lumat.
  2. Masukkan ikan yang direbus dan tumbuk.
  3. Akhir sekali masukkan ikan dan tumbuk lagi supaya bahan bercampur.
  4. Gaul sebati dan siap untuk dihidang.  

Sambal Ikan Bilis Petai Tempoyak

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS - KOMPILASI HIMPUNAN RESEPI

Bahan-bahan

  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 20 biji cili api (ditumbuk)
  • 2 cawan ikan bilis
  • 5 papan petai
  • 5 sudu tempoyak
  • Gram dan gula secukup rasa

Cara

  1. Goreng Ikan bilis dan petai seketika.
  2. Tumis cili, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
  3. Masukkan tempoyak.
  4. Kemudian rasakan dengan garam dan gula.
  5. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan petai yang telah digoreng.
  6. Siap untuk dihidang.

Mudahkan, selamat mencuba..

Ingin membeli barang segar tanpa keluar rumah? Sila layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.