{"id":36295,"date":"2021-02-22T11:20:49","date_gmt":"2021-02-22T03:20:49","guid":{"rendered":"https:\/\/pasarhub.my\/?p=36295"},"modified":"2021-03-22T17:02:50","modified_gmt":"2021-03-22T09:02:50","slug":"panduan-memilih-sayuran-segar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/pasarhub.my\/ms\/blog\/panduan-memilih-sayuran-segar\/","title":{"rendered":"PANDUAN RINGKAS MEMILIH SAYURAN SEGAR"},"content":{"rendered":"

Ramai yang berimpian untuk hidup sihat dan bebas penyakit. Namun, ramai juga yang tidak sedar pemakanan merupakan elemen yang penting untuk sihat. Anda disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan nutrisi dan vitamin demi menjaga kesihatan badan. Salah satunya adalah dengan mengambil sayuran dalam kadar tertentu. Memilih sayur yang segar tidak kurang pentingnya kerana sayur segar dapat mengekalkan segala nutrisinya. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh diamalkan bagi memilih sayuran yang baik untuk anda.<\/p>\n\n\n\n

Perhatikan warna sayuran<\/h2>\n\n\n\n
\"Image<\/figure>\n\n\n\n

Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila ingin membeli sayuran adalah dengan memerhatikan warna sayuran. Sayur yang segar memiliki warna yang cerah disamping masih mengekalkan warna aslinya. Ia juga menunjukkan bahawa sayur tersebut masih mengekalkan kandungan nutrisi dan vitaminnya. Walaupun anda tidak terus memasak dan ingin menyimpan sayur tersebut untuk beberapa hari ke depan, sayur akan tetap masih boleh digunakan. Manakala, sayur yang sudah berubah warna menunjukkan sayur tersebut tidak lagi segar. Bagi sayuran berdaun lebih mudah dikenal pasti. Sebagai contoh, daun sayur sawi yang telah lama akan bertukar menjadi warna kekuningan.<\/p>\n\n\n\n

Perhatikan daun sayuran<\/h2>\n\n\n\n
\"Image<\/figure>\n\n\n\n

Selain itu, anda juga boleh memerhatikan daun sayuran. Kebanyakan pasaraya akan menyembur air pada sayuran yang berdaun seperti bayam, kangkung, sawi bagi memastikan kesegarannya. Fizikal yang boleh dilihat pada daun sayuran yang segar adalah ia memiliki tekstur yang masih keras dan mempunyai daun berwarna hijau cerah. Sebaliknya, daun sayuran yang tidak segar kelihatan layu dan tidak cantik. Sayuran yang sebegini terjadi kerana sudah disimpan terlalu lama, tidak laku atau terkena panas.<\/p>\n\n\n\n

Sayuran yang bebas bahan peracun<\/h2>\n\n\n\n
\"Image<\/figure>\n\n\n\n

Salah satu panduan bagi memilih sayur adalah dengan memastikan sayur yang dibeli bebas dari bahan peracun. Cara untuk mengetahuinya adalah dengan perhatikan adakah terdapat kesan lubang gigitan serangga\/ ulat  pada sayur tersebut.  Jika ada, besar kemungkinan sayur tersebut bebas dari bahan peracun. Ini kerana, serangga\/ulat hanya dapat hidup dan makan sayuran yang bebas bahan peracun. Sesetengah orang akan menghindari sayur yang berlubang, tetapi ternyata ianya baik untuk kesihatan. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk memilih sayur yang terdapat kesan lubang-lubang sedikit. Tetapi kesan lubang ini hanya sesuai untuk sayuran berdaun tetapi tidak disarankan bagi sayuran bersifat buah dan ubi seperti kentang. Antara tanda sayur bebas bahan peracun atau organik boleh dilihat dengan:<\/p>\n\n\n\n