fbpx

RESEPI CUCUR MUDAH

Cucur adalah masakan yang paling sesuai untuk dijamu pada waktu pagi dan petang. Selain mudah dibuat, ianya juga enak dimakan bersama air panas. Bagi yang tiada idea nak masak cucur apa, disini kami kongsikan beberapa resepi cucur mudah yang boleh dibuat dirumah pada bila-bila masa.

CUCUR AYAM BEREMPAH

Image result for CUCUR AYAM BEREMPAH
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 ketul dada ayam (dicincang halus)
  • 1/4 sudu teh jintas manis
  • 1/4 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh sebuk lada hitam
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan kedalam bekas. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai rasa. Siap untuk digoreng.

CUCUR MANIS STICK

Image result for CUCUR MANIS STICK
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu minyak masak
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

Didihkan air bersama gula, minyak dan garam. Setelah itu, masukkan kedalam tepung gandum. Gaul sebati dan biarkan sejuk seketika. Bentuk adunan diatas dulang dengan cara menggulung. Siap untuk digoreng.

CUCUR IKAN BILIS

Image result for CUCUR IKAN BILIS
  • 2 cawan tepung gandum
  • Segenggam ikan bilis
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Daun kucai / sup
  • Sebiji bawang besar (potong dadu)
  • 2 biji cili (dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • Air panas secukupnya

Cara-cara

Masukkan semua bahan kedalam bekas dan gaul sebati. Kemudian, masukkan air panas sikit-sikit sambil gaul menggunakan senduk. Letak minyak sedikit ditapak tangan untuk menguli dan siap untuk digoreng.

CUCUR JAGUNG

Image result for CUCUR jagung
  • 3 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 tongkol jagung (disagat)
  • Sebiji bawang besar
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

Masukkan semua bahan kedalam bekas dan gaul sebati. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai.  Siap untuk digoreng.

CUCUR SOSEJ

Image result for cucur sosej
  • 4 cawan tepung gandum
  • Air panas secukupnya
  • Separuh kiub pati ayam
  • 6 batang sosej
  • Sebiji bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Masukkan semua bahan bertanda kedalam bekas dan gaul sebati. Kemudian, masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil gaul menggunakan senduk. Setelah sejuk sedikit, boleh la digoreng dalam minyak yang banyak.

CUCUR KEMBUNG MANIS

Image result for CUCUR kembung manis
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • Air panas secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Sedia untuk digoreng dengan menggunakan minyak panas.

CUCUR NASI

Image result for CUCUR nasi
  • 1 1/2 cawan nasi
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • Segenggam ikan bilis
  • Separuh biji bawang besar
  • Daun sup
  • Separuh biji lobak merah disagat
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

Kisar nasi, tepung, ikan bilis, bawang dan air. Jika rasa adunan terlalu cair, boleh ditambah tepung.  Kemudian masukkan daun sup, lobak merah dan garam. Kacau sebati dan sedia untuk digoreng.

CUCUR ROTI

  • 8 keping roti gardenia (dipotong kecil)
  • 3 biji telur ayam
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cwan serbuk roti
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • Daun bawang
  • Daun kucai
  • Sebiji bawang besar (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

Ramas roti yang telah dipotong kecil bersama telur. Masukkan kiub ikan bilis, daun bawang, daun kucai, bawang besar, cili dan garam. Gaulkan semua. Setelah itu masukkan serbuk roti dan tambahkan susu sedikit demi sedikit agar amendapat adunan yang diingini. Siap untuk digoreng.

CUCUR BAWANG

Image result for CUCUR bawang
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1 sucu kecil minyak masak
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

Campurkan tepung, bawang, kiub ikan bilis, garam dan minyak kedalam bekas. Gaul sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi likat. Siap untuk digoreng.

Selamat mencuba 🙂

Ingin membeli barang segar tanpa keluar rumah? Sila layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.