fbpx

RESEPI SANDWICH YANG MUDAH & RINGKAS

Sandwich merupakan makanan yang terdiri daripada dua keping roti yang diisi pelbagai inti bagi menjadikan rasanya lebih lazat. Inti yang digunakan terpulang kepada pembuatnya. Boleh jadi daging, ayam, keju, sayuran atau apa-apa sahaja. Permukaan roti pula akan disapu dengan mayonis, mentega atau margerin sebelum diletak isinya. Ada juga yang membakar seketika roti agar ia menjadi lebih rangup.

Tambahan lagi, roti yang digunakan untuk membuat sandwich tidak terhad kepada roti putih. Anda bebas untuk menjadi kreatif dengan menggunakan roti yang anda suka. Cara penyediaannya juga cukup mudah dan ringkas. Berikut merupakan beberapa resipi sandwich yang boleh dicuba.

Sandwich Tuna

Sandwich Tuna – Chef@home

Bahan-bahan

  • 1 tin tuna
  • 2 sudu mayonis
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • 2 biji tomato (dihiris)
  • Daun salad
  • Mentega secukupnya
  • Roti

Cara pembuatan

  1. Masukkan tuna, mayonis dan lada hitam ke dalam bekas. Gaul sebati. Letakkan ketepi.
  2. Sapu margerin ke atas 2 keping roti.  Setelah itu, letakkan hirisan tomato dan salad ke atas satu roti.
  3. Sapukan tuna yang telah disiapkan tadi ke atas roti. Letak sekeping lagi roti ke atas lapisan tuna.
  4. Potong kecil agar lebih mudah dinikmati.
  5. Siap untuk dihidangkan.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sandwich Sosej & Telur

Resepi Sandwich Tersedap!! (SbS)

Bahan-bahan

  • 2 biji telur (direbus)
  • 1 batang sosej (potong dadu)
  • 1 1/2 sudu mayonis
  • 1/2 sudu serbuk lada sulah
  • 2 keping keju
  • 1/2 batang timun (dihiris)
  • Mentega secukupnya
  • Roti

Cara pembuatan

  1. Masukkan telur yang sudah dikupas kulit ke dalam satu bekas. Lenyekkan telur sehingga agak hancur.
  2. Setelah itu, masukkan sosej, mayonis dan lada sulah. Gaul sehingga sebati.
  3. Ambil 2 keping roti dan sapu margerin ke atas kedua-dua roti.
  4. Kemudian, letakkan sekeping keju keatas satu roti manakala sekeping lagi diletakkan timun.
  5. Yang terakhir, sapukan sapuan telur ketas roti berkeju dan letak roti timun diatasnya.
  6. Potong kecil agar lebih mudah dinikmati.
  7. Siap untuk dihidang.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sandwich nugget

Fancy AF Fish Finger Sandwich Recipe by Tasty | Recipe | Recipes, Chicken  nugget recipes, Sandwiches

Bahan-bahan

  • 10 keping nugget
  • Sedikit sos cili
  • 3 keping keju
  • Daun salad
  • Roti

Cara pembuatan

  1. Goreng nugget didalam minyak yang panas.
  2. Setelah nugget siap digoreng, toskan minyaknya.
  3. Ambil sekeping roti dan letakkan daun salad.
  4. Kemudian letakkan kepingan keju keatas roti diikuti dengan nugget.
  5. Tuangkan sedikit sos dan ambil sekeping lagi roti untuk diletakkan dilapisan atas.
  6. Siap untuk dihidang.

Sandwich Scramble Egg

Tasty Treat: Crispy Egg and Mayonnaise Sandwich / Sandwic Telur dan Mayones  Rangup - YouTube

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • *1 sudu serbuk lada hitam
  • *1 sudu serbuk parsley
  • *5 keping keju (potong kecil)
  • 1 sudu mayonis
  • 1 sudu sos keju
  • Mentega secukupnya
  • 1 biji tomato (dihiris)
  • Daun salad
  • 1 sudu minyak masak
  • *Garam secukup rasa
  • Roti

Cara pembuatan

  1. Pecahkan kesemua telur kedalam mangkuk. Masukkan bahan bertanda kedalam telur dan gaul sebati.
  2. Panaskan minyak dan goreng adunan telur sehingga menjadi scramble egg.
  3. Setelah siap digoreng, letak ke atas pinggan. Masukkan mayonis dan sos keju ke dalam telur dan gaul sebati.
  4. Ambil 2 keping roti dan sapukan mentega. Bakar seketika diatas kuali agar roti menjadi rangup.
  5. Kemudian, letakkan daun salad ke atas roti diikuti dengan scramble egg.
  6. Yang terahir, susunkan hirisan tomato dan tutup dengan sekeping roti yang lain.
  7. Siap untuk dihidang.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sandwich Ayam Goreng

Resipi Wholemeal Chicken Sandwich oleh Narimah Othman - Cookpad

Bahan-bahan

  • 2 keping isi ayam
  • Tepung bestari (goreng ayam)
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Daun salad
  • 1 sudu minyak masak
  • Roti wholemeal

Cara pembuatan

  1. Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam menggunakan tepung bestari (jika tak tahu boleh ikut arahan di plastik tepung).
  2. Setelah ayam masak, toskan minyak dan potong kecil isi ayam.
  3. Susun daun salad ke atas roti. Taburkan isi ayam ke atas roti.
  4. Tuangkan mayonis dan sos cili ketas isi ayam dan tutup dengan sekeping lagi roti.
  5. Potong kecil agar lebih mudah dinikmati.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Sandwich Sardin

CARA-CARA MEMBUAT SANDWICH - MyAgri.com.myMyAgri.com.my

Bahan-bahan

  • 1 tin sardin (dibuang air)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1/2 batang timun (dihiris panjang)
  • 1 biji tomato (dihiris)
  • 3 biji cili api (dihiris)
  • 1 biji limau nipis
  • Daun salad
  • Mentega
  • Garam secukup rasa
  • Roti

Cara pembuatan

  1. Lenyekkan sardin dan masukkan bawang besar, timun, tomato dan cili api. Gaul sebati kesemua bahan.
  2. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Perahkan limau nipis dan gaul sebati semula.
  4. Sapukan mentega ke dua keping roti.
  5. Lapiskan roti dengan daun salad sebelum meletakkan inti.
  6. Siap untuk dihidang.

~Selamat mencuba. Untuk mendapatkan barangan segar terus dari pasar, layari pasarhub.my untuk membuat pesanan.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.