Sesekali pasti timbul rasa dan tak tahu apa yang nak dimasak. Terasa asyik makan benda yang sama berulang kali. Apa kata anda cuba resepi barat yang menarik berasaskan ikan salmon. Ikan salmon agak mahal dijual dinegara kita. Tetapi jika sekali sekala apa salahnya mencuba. Saya sertakan beberapa resepi ikan salmon yang boleh anda cuba.
Salmon Bakar bersama Mentega Bawang Putih
Ikan salmon yang dilumur bersama mentega dan bawang putih sangat mudah untuk disediakan. Resepi ini hanya memerlukan bahan yang sedikit dan boleh disiapkan dalam beberapa minit. Salmon yang dimasak akan menjadi lembut. Anda boleh menambah sayuran lain yang anda mahu seperti asparagus, kacang hijau atau kobis bunga. Disamping itu, jika anda tiada gula perang, ia boleh digantikan dengan madu.
Bahan-bahan
- 2 potongan besar isi ikan salmon
- 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji lemon
- 1/2 brokoli (dipotong kecil)
- *6 sudu mentega (dicairkan)
- *Gula perang
- *Serbuk oregano
- *Taim / thyme
- *Rosemary
- Sedikit lada hitam
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
- Susun ikan salmon dan brokoli didalam dulang pembakar yang telah di sapu minyak sedikit.
- Lumurkan bawang putih ke atas ikan salmon.
- Sediakan sos dengan campurkan semua adunan bertanda ke dalam satu mangkuk. Setelah sebati, tuang sos ke atas ikan salmon dan brokoli.
- Perahkan jus lemon ke atas ikan salmon dan brokoli.
- Yang terakhir, anda boleh taburkan sedikit garam dan lada hitam ke atas ikan salmon dan brokoli.
- Anda boleh mula membakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 15 minit. Bakar sehingga ikan salmon telah masak sepenuhnya dan mudah dikepingkan menggunakan garfu.
- Siap untuk dihidang.
Salmon Dibakar Bersama Lemon
Proses membakar ikan salmon akan menjadi sedikit menakutkan jika tidak dibakar dengan betul. Ikan mungkin kurang masak atau hangit. Dengan penambahan asparagus, aluminium foil ini akan membantu pembakaran ikan salmon menjadi mudah. Perlu diingat, ikan salmon yang nipis akan lebih cepat dimasak. Anda boleh memeriksanya dengan menusuk pisau ke ikan salmon. Sekiranya ikan menggelupas dan berwarna merah jambu muda, anda tahu ikan salmon sedia untuk dihidangkan.
Bahan-bahan
- 1 potong besar isi ikan salmon
- 6 batang sayur asparagus
- 1 potong besar isi ikan salmon
- 1 sudu mentega
- 2 hirisan lemon
- Sedikit lada hitam
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
- Lapiskan aluminum foil ke atas dulang pembakar.
- Susun asparagus keatas dulang pembakar diikuti dengan ikan salmon diatas asparagus.
- Kemudian, tuangkan mentega ke atas ikan salmon.
- Seterusnya, susun 2-3 kepingan lemon diatas ikan salmon. Kepingan lemon bergantung kepada saiz ikan salmon.
- Panaskan ketuhar dan masukkan dulang pembakar. Biarkan ikan salmon masak sekata bersama asparagus. Masa yang diperlukan lebih kurang selama 13 minit.
- Siap untuk dihidang.
Salmon Masak Bersama Lemon
Jika anda sukakan texture ikan salmon yang agak rangup, anda boleh mencuba resepi ini. Ikan salmon akan digoreng sedikit dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah. Resepi ini juga sesuai untuk dimakan bersama nasi.
Bahan-bahan
- 4 potong ikan salmon
- 2 sudu minyak zaitun
- 3 sudu mentega (unsalted)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 biji lemon (1 biji diperah, kulit diparut & 1 biji hiris halus)
- 1 cawan stok ayam
- Daun parsley (dicincang)
- Sedikit lada hitam
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak zaitun didalam periuk leper. Setelah minyak panas, masukkan potongan ikan salmon. Taburkan garam dan lada hitam keatas ikan salmon. Setelah warna bertukar keemasan, terbalikkan ikan salmon dan masak sekitar 2 minit lagi.
- Kecilkan api keparas sederhana, masukkan 1 sudu mentega, bawang putih, lemon zest dan air perahan lemon dan masak selama 2 minit.
- Setelah itu, masukkan hirisan lemon beserta stok ayam. Perasan makanan dengan sedikit garam dan lada hitam.
- Setelah kuah mendidih, masukkan kembali ikan salmon dan renehkan seketika.
- Yang terakhir, masukkan baki 2 sudu mentega dan kacau untuk menghasilkan kuah yang berkrim.
- Siap untuk dihidang.
Salmon Bakar
Resepi ini akan menghasilkan ikan salmon yang lembut dan tidak berkerak. Ini kerana hirisan lemon yang diletakkan di bawah ikan salmon. Jika terdapat beberapa barang yang tiada di rumah, jangan risau. Resepi ini boleh diolah dengan menukar beberapa bahan. Madu boleh digantikan dengan gula perang, taim / thyme boleh digantikan dengan rosemary dan mentega boleh ditukar dengan minyak zaitun. Selain daripada itu, anda boleh menambah serbuk cili.
Bahan-bahan
- 2 potong besar ikan salmon (dikeringkan dengan tisu)
- 2 biji lemon (dihiris nipis)
- 6 sudu mentega (dicairkan)
- 2 sudu madu
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 sudu daun taim / thyme
- 1 sudu oregano
- Sedikit lada hitam
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
- Panaskan ketuhar pada suhu 350 celsius. Lapikkan aluminium foil pada dulang pembakar dan semburkan minyak masak sedikit.
- Ditengah aluminium foil, susunkan hirisan lemon secara sekata.
- Perisakan ikan salmon dengan garam dan lada hitam. Kemudian letakkkannya ke atas hirisan lemon.
- Kacau mentega, madu, bawang putih, taim / thyme dan oregano di dalam satu mangkuk kecil. Setelah itu, tuangkan campuran ke atas ikan salmon.
- Tutup sepenuhnya ikan salmon menggunakan aluminium foil dan masak sekata selama 25 minit.
- Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.
~Anda ingin memberi barangan segar tapi sibuk dengan kerja dan keluarga? Jangan risau, kami sedia membantu. Layari pasarhub.my untuk kami bantu anda.