fbpx

CILI TERPEDAS DI DUNIA MENGIKUT RANKING

Anda jenis yang suka makan pedas? Tapi tahukah anda, cili padi yang biasa digunakan dalam masakan Malaysia hanya mempunyai bacaan skala Scoville lebih kurang 100,000 – 225,000 SHU sahaja. Lada hanabero yang pernah memegang takhta lada terpedas didunia pun hanya sekitar 100,000 – 350,000 SHU. Untuk pengetahuan anda, SHU atau Scoville Heat Unit adalah ukuran yang digunakan bagi mengira tahap kepedasan sesuatu cili. Ia merupakan kiraan kuantiti capsaicinoid yang memberikan rasa pedas pada cili.  Berikut merupakan senarai terkini bagi juara cili yang paling pedas di dunia mengikut ranking.

#6 British Komodo Dragon (Skala Scoville : 1,400,000 SHU)

Image result for British Komodo Dragon PEPPER

British Komodo Dragon dihasilkan oleh Salvatore Genovese. Salvator Genovese adalah syarikat pengeluar cili terbesar di United Kingdom. Lada ini merupakan kacukan hasil 7 Pot, Naga, dan Jolokia. Lada ini tidak memberikan rasa pedas serta merta setelah memakannya, tetapi akan membuatkan mulut terasa pedih dan hangit setelah beberapa minit. Walaupun ini merupakan lada paling tidak pedas dalam senarai ini, ia nya tiada tandingan dengan cili yang selalu kita gunakan didalam masakan. Dua orang sukarelawan pernah menyertai ujian untuk merasa lada ini dan mereka mengatakan rasa pedas tidak hilang sepenuhnya walaupun telah meminum 2.3 liter susu dan seliter air.

#5 Trinidad Scorpion ‘Butch T’ (Skala Scoville : 1,463,700 SHU)

Image result for Trinidad Scorpion ‘Butch T’

Lada ini pernah memegang rekod sebagai cili terpedas didunia oleh Rekod Dunia Guiness pada tahun 2011. Trinidad Scorpion yang berasal dari Australia ini telah dicipta oleh Butch Taylor. Ia dinamakan scorpion kerana mempunyai bentuk duri sengatan seperti kala jengking dibahagian atasnya. Ada individu yang memberi gambaran bahawa memakan lada ini terasa seperti tertelan 1000 matahari kerana rasa pedasnya yang berbisa.

#4 7 Pot Primo (Skala Scoville : 1,473,480 SHU)

Image result for 7 Pot Primo

7 Pot Primo telah diciptakan oleh Trop Primeaux atau lebih dikenali sebagai Primo, iaitu seorang ahli hortikultur dari Louisiana. 7 Pot Primo adalah hasil kacukan biji-biji daripada cili jenis Naga Morich dan Trinidad 7 Pot Douglah. Troy Primeaux telah berusaha sejak 2005 lagi dan telah menanam lada ini selama 8 generasi. Ciri fizikal lada ini ia agak berketul-ketul, berkedut-kedut dan mempunyai ekor dihujungnya. Lada ini mempunyai 3 variasi warna iaitu merah, jingga dan kuning.

#3 Trinidad 7 Pot Douglah (Skala Scoville : 1,853,936 SHU)

Image result for Trinidad 7 Pot Douglah

Berlainan dengan lada lain kebiasaannya, Trinidad 7 Pot Douglah tidak mempunyai warna merah untuk menunjukkan rasa pedasnya. Fizikal lada ini agak unik kerana kulitnya yang berwarna coklat pekat dan agak berkedut.  Lada ini turut dikenali sebagai Chocolate 7 Pot dan 7 Pot Brown. Lada ini mendapat nama kerana dikatakan satu biji sahaja sudah mampu untuk memedaskan 7 peruk stu. Lada ini datangnya dari Trinidad.

#2 Trinidad Moruga Scorpion (Skala Scoville : 2,000,000 SHU)

Image result for Trinidad Moruga Scorpion

Sesuai dengan namanya yang ganas, lada ini mendapat tempat kedua bagi cili terpedas didunia. Namanya seolah-olah  memberitahu akan terasa sengatan kala jengking apabila memakannya. Lada ini juga turut datang dari Trinidad. Pada tahun 2012, Institut Lada di Universiti New Mexico telah mengiktiraf Trinidad Moruga Scorpion sebagai cili terpedas didunia. Walaubagaimanapun, ianya tidak pernah tersenarai secara rasmi oleh Rekod Dunia Guiness.

#1 Carolina Reaper (Skala Scoville : 2,200,000 SHU)

Image result for Carolina Reaper

Juara cili yang terpedas didunia jatuh kepada Carolina Reaper atau nama asalnya HP22BNH7. Tahukah anda carolina reaper telah diiktiraf oleh Rekod Dunia Guiness sebagai cili terpedas sejak tahun 2013. Pemilik syarikat PuckerButt Pepper yang bernama Ed Currie adalah seorang peladang yang telah membakakan lada ini. Ia dihasilkan dengan mengkacukkan dua bekas pemegang rekod cili terpedas iaitu Ghost Pepper dan Habanero Red Savina. Dengan tahap kepedasan sebanyak 400 kali ganda melebihi jalapeno, Carolina Reaper kekal diiktiraf sebagai cili terpedas dunia sehingga sekarang.

Pasaraya Tesco di United Kingdom pernah dikecam kerana menjual Carolina Reaper. Ini kerana ia dikhuatiri akan mengakibatkan kesan merbahaya kepada pengguna. Lada ini tidak boleh dipegang tanpa memakai sarung tangan kerana akan menyebabkan iritasi pada kulit. Selain ianya tidak boleh dimakan mentah.

Kalau anda perasan, bentuk kesemua cili diatas kelihatan hampir sama. Ada yang nak cuba merasa cili yang tersenarai diatas?

Ingin membeli barang segar tanpa keluar rumah? Sila layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.