fbpx

TIPS AGAR DAPUR ANDA KEMAS SENTIASA

Dapur semestinya antara tempat penting didalam rumah. Banyak masa akan dihabiskan disini setiap masa dan hari termasuklah ketika makan dan bersembang. Jadi ianya penting untuk memastikan dapur menjadi sesuatu yang menyenangkan kepada anda dan juga keluarga. Tambahan lagi, pasti teruk jika dapur anda berselerak tidak tersusun. Banyak tenaga anda akan terhabis yang mana ia sepatutnya boleh digunakan untuk membuat perkara yang lebih menarik.  Disini ada beberapa tips untuk menjadikan dapur anda lebih tersusun, dengan harapan ianya membantu.

1. Sediakan tempat untuk segalanya

24 Smart Organizing Ideas for Your Kitchen | Real Simple

Pertama adalah dengan menyediakan tempat untuk segala barangan anda. Terdapat pelbagai barangan dapur yang boleh dikategorikan dan disusun bersama. Antaranya barang makanan, tuala, peralatan makan, peralatan memasak, pinggan mangkuk, periuk belanga, barangan elektrik dan lain-lain lagi. asingkan barang yang kerap dan jarang digunakan. Barang yang kerap digunakan perlu diletakkan ditempat yang mudah dilihat dan dicapai. Manakala, barang yang jarang diguna pula boleh disimpan ditempat tinggi atau ditempat lain seperti didalam stor. Ianya bukan sahaja menjimatkan masa apabila mencari barang bahkan ia akan lebih kemas.

2. Lupuskan barang yang tidak perlu

10+ Things You Should Never Donate To A Food Bank

Dengan mengurangkan barang akan lebih menjimatkan ruang dan membantu anda untuk lebih mudah melihat barang yang anda anda. Asingkan segala barang yang tidak perlu dan hanya simpan barang yang anda guna. Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan

  • Buang segala barang yang telah rosak dan tidak boleh dibaiki – Ini termasuk barangan elektrik dan barangan kaca yang telah sumbing
  • Jual atau sedekahkan barang yang anda tidak gunakan – Ramai orang suka membeli tetapi tidak menggunakan langsung barang tersebut. Sebenarnya anda sudah boleh menyingkirkan sesuatu barang jika anda tidak pernah menggunakannya sepanjang tempoh lima tahun. Ada juga pendapat yang menyatakan tiga tahun.

3. Simpan didalam stor

Five Tips to arrange a store room in your House

Analisa apa yang anda simpan didapur. Ada kemungkinan terdapat barang yang tidak perlu diletakkan didapur. Ada beberapa barang yang anda hanya akan gunakan sekali dua dalam setahun. Sebagai contoh bekas-bekas besar, kuali besar, periuk besar yang hanya digunakan apabila kenduri atau raya. Anda boleh bahagikan barang kepada beberapa tempat sesuai dengan keberadaannya sama ada didapur, di stor atau dimeja makan.

4. Tambahkan tempat penyimpanan yang bersesuaian

Kalau Rumah Kecil, Boleh Buat Dapur 'Open Concept' Macam Ini. Ringkas &  Kemas - Vanilla Kismis

Seterusnya, Untuk menjadikan dapur anda lebih tersusun, anda boleh menambah bebapa peralatan agar barang lebih tersusun. Jika anda tidak mempunyai almari yang mencukupi untuk menyimpan semua barang, anda boleh membeli tempat penyimpanan tambahan yang lebih murah.  Ini seperti,

  • Papan pengasingan
  • Rak pinggan
  • Almari kecil
  • Bekas simpanan makanan yang seragam
  • Bekas bertutup

5. Sediakan tempat anak bermain

Garid Panduan Keselamatan di Dapur Buat Kanak-kanak

Ibu pasti menghabiskan banyak masa didapur ketika sibuk menyiapkan makanan untuk keluarga. Bagi yang mempunyai anak kecil, anda boleh sediakan tempat untuk anak anda bermain. Walaupun ianya kecil, anak pasti gembira dan tidak akan menggangu kerja anda. Selain itu, jika anda mempunyai ruang dapur yang besar, anda boleh meletakkan tv dan radio. Ini juga boleh membantu menaikkan mood memasak.

6. Jadikan hidup anda lebih mudah

In The Know Innovation - Fold-out kitchen stairs make it possible to reach  tall shelves | Facebook

Paling penting, anda perlu mengutamakan keselesaan anda sendiri. Jika anda seorang yang rendah, kurangkan menyimpan barang ditempat yang tinggi atau dapatkan tangga yang bersesuaian. Andai anda mempunyai masalah sakit belakang dan tidak boleh membongkok, berhenti simpan barang ditempat yang sukar dicapai. Anda boleh gunakan tempat tersebut untuk menyimpan barang orang lain. Jangan lupa untuk jadikan dapur anda sebagai tempat yang selamat untuk kanak-kanak jika anda suka melibatkan anak dalam kerja-kerja dapur. banyak peralatan yang boleh membantu memudahkan hidup anda, cari dan gunalah ia.

~Anda terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk keluar membeli barang segar? Layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.