fbpx

NUTRIEN PENTING UNTUK TUBUH BADAN AGAR KEKAL SIHAT

Badan manusia tidak boleh menghasilkan segala yang diperlukan untuk terus berfungsi. Terdapat beberapa nutrien penting perlu diambil dalam diet seharian untuk mengekalkan kesihatan pada tahap optimum. Nutrien penting untuk menyokong kesihatan dan pertumbuhan yang baik.

WHO telah membahagikan nutrien penting kepada dua bahagian iaitu micronutrien dan macronutrien. Micronutrien adalah nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Micronutrien terdiri daripada vitamin dan mineral. Walaupun badan hanya memerlukan ia dalam kuantiti yang kecil, kekurangannya akan mengakibatkan masalah kesihatan.Macronutrien pula adalah nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang besar. Ini termasuklah air, protein, karbohidrat dan lemak.

Vitamin

The role of Vitamin C in fighting COVID-19 pandemic - The Financial Express

Nutrien pertama yang diperlukan oleh tubuh adalah vitamin. Terdapat pelbagai jenis vitamin yang perlu diambil antaranya vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin D, vitamin E dan vitamin K. Vitamin A bagus untuk kulit dan mata. Vitamin C adalah untuk tulang, struktur otak, imun sistem. Manakala vitamin D adalah  untuk pertumbuhan tulang dan kesihatan kardivaskular dan saraf. Kebiasaannya, seseorang akan mendapat kesemua vitamin yang diperlukan oleh tubuh dengan hanya mengambil diet yang tinggi sayuran dan buahan. Namun tidak pada mereka yang tidak suka memakan sayuran serta buahan dan mereka yang mengalami masalah pencernaan. Mereka berkemungkinan perlu mengambil vitamin tambahan untuk mengelakkan kekurangan.      

Protein

What Is Protein? | Live Science

Nutrien seterusnya yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein. Protein memberikan beberapa fungsi kepada badan. Ini termasuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan tisu, tulang, rambut serta kulit, membentuk antibodi dan hormon. Daging merah, ayam, ikan, telur, produk tenusu, soya dan kekacang antara makanan yang mampu membekalkan sumber protein.  Walaupun ikan dan daging merupakan sumber protein terbesar, vegetarian masih boleh mendapat protein yang mencukupi dengan memakan pelbagai jenis sayuran.

Mineral

12 essential minerals required by body | Purple Kaddu

Mineral yang mencukupi akan membantu menghalang kerosakan gigi, menguatkan tulang, membantu membawak oxygen, membantu imun sistem serta mengekalkan kesihatan kulit, gigi, rambut dan kuku. Tujuh mineral penting adalah sodium, iron, potassium, kalsium, magnesium, zinc dan phosporus. Bagi memastikan badan mendapat mineral yang mencukupi, anda perlu pandai untuk memilih makanan. Antara makanan yang boleh membekalkan mineral adalah makanan laut, produk tenusu, kekacang, sayuran, buahan, kuning telur dan daging merah.

Lemak

Do you know the facts about fats? - Public health matters

Lemak selalu disalah tafsir sebagai sesuatu yang tidak elok kepada tubuh badan. Sebenarnya, kita masih memerlukan lemak agar badan dapat berfungsi dengan baik. Lemak membekalkan tenaga dan menjalankan beberapa fungsi kepada badan. Walaubagaimanapun, ia adalah penting untuk mengambil lemak yang sihat seperti monounsaturated dan polyunsaturated. Jauhi atau hadkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Lemak yang sihat membantu pertumbuhan sel, pembekuan darah, mengurangkan risiko sakit jantung, fungsi otak dan lain-lain lagi. Antara makanan yang mengandungi lemak sihat ialah kekacang, minyak sayuran, minyak kelapa dan ikan seperti salmon dan tuna.

Karbohidrat

Pin on Carbohydrates

Karbohidrat adalah elemen penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia adalah gula dan kanji yang memberikan tenaga kepada semua sel dan tisu dalam badan. terdapat dua jenis karbohidrat iaitu mudah dan kompleks. Pengambilan karbohidrat mudah perlu dilimitkan. Ia seperti roti putih, pasta dan nasi. Tetapi badan perlukan karbohidrat kompleks untuk menyokong imun sistem, fungsi otak, sistem saraf, tenaga dan sistem pencernaan. Contoh makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks ialah quinoa, beras perang, sayuran, oatmeal dan barli. Paling penting, elakkan makanan proses yang mengandungi peluntur, tepung putih dan makanan dengan gula tambahan.

Air

Is Your Drinking Water Safe? - Alabama Cooperative Extension System

Elemen yang terakhir yang penting untuk badan adalah air. Ia adalah nutrien yang terpenting kerana manusia hanya akan bertahan selama beberapa hari sahaja tanpa air. Walau cuma sedikit penyahhidrahan akan menyebabkan sakit kepala dan gangguan fungsi fizikal dan mental. Badan manusia diperbuat dari 60%  air dan setiap sel memerlukan air untuk berfungsi. Air akan membantu proses pengeluaran toksin, penyerapan kejutan, mengangkut nutrien, mengelakkan sembelit, pelincir dan penghidratan. Air paling bagus adalah air kosong yang tidak mengandungi sebarang rasa dari gula atau perasa. Selain itu, air juga boleh didapati dari buahan dan sayuran.

Kesimpulan

Seseorang boleh mendapatkan kesemua nutrien yang diperlukan jika mengambil makanan seimbang. Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi protein, sayur, buah, karbohidrat dan air. Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, terdapat beberapa pilihan makanan tambahan yang boleh didapati. Pastikan mendapat nasihat doktor sebelum mengambil makanan tambahan.  

~Ingin mendapatkan barangan segar terus ke depan pintu rumah, layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.