fbpx

ULAM ULAMAN PELENGKAP HIDANGAN

Terdapat lebih dari 100 jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ulam di Malaysia. Ulam adalah bahagian yang diambil dari tumbuhan yang boleh dimakan secara mentah, dicelur atau direbus dahulu. Ia termasuklah dari bahagian pucuk, batang, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga. Bagi menambahkan lagi rasanya, ulam selalu akan dimakan bersama sambal belacan, sambal tempoyak, budu atau cencalok.

Ulam juga boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ulam tradisional dan ulam bukan tradisional. Ulam bukan tradisional biasanya mudah dijumpai dipasaraya. Ia adalah tumbuhan yang berasal dari negara luar tetapi telah ditanam di Malaysia sebagai sayuran. Sebagai contoh, tomun, kobis, kacang panjang dan lobak merah. Manakala ulam tradisonal pula tumbuhan yang memang berasal di Malaysia. Ia telah dimakan oleh nenek moyang sejak zaman dahulu lagi. ulam jenis ini boleh didapati dikampung atau dipasar sahaja.

1. Pegaga

Pegaga kampung (ready stock) | Shopee Malaysia

Nama saintifik : Centella Asiatica

Ulam pegaga antara ulam yang paling popular dikalangan orang tempatan. Ianya boleh dimakan mentah bersama sambal atau dimasak terlebih dahulu. Antara menu masakan pegaga adalah kerabu, masak lemak cili api, pegaga goreng dan lain-lain lagi.

Disamping itu, ada juga suka untuk membuat jus dari pegaga. Ia dikatakan boleh menaikkan seri wajah. Kini, pegaga telah diiktirah oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang boleh membantu kecerdasan berfikir dikalangan kanak-kanak. Selain, pegaga dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.

2. Timun

10 Manfaat Kulit Timun bagi Kesehatan dan dan Efek Sampingnya

Nama saintifik : Cucumis Sativus

Timun antara ulam yang sangat mudah dijumpai. Oleh sebab itu, ia antara ulam yang sering dihidangkan ketika kenduri. Timun mengandungi banyak nutrien seperti protein, kalsium, zat besi, magnesium dan vitamin A, B, B2 dan C. Timun dipercayai dapat mengatasi masalah sembelit dan juga gastrik.

3. Petai

Anda suka makan petai? Kami kongsi khasiat petai dan cara menghilangkan  baunya - The Malaya Post

Nama saintifik : Parkia Speciosa

Petai adalah ulam yang dihasilkan oleh pokok besar yang boleh tumbuh setinggi 30 meter. Terdapat pelbagai khasiat yang dikaitkan dengan petai. Ini termasuklah agen antioksida, memastikan kesegaran tubuh dan membaiki sistem penghadaman. Kulit petai pula boleh disimpan dan digunakan dibahagian yang bengkak atau kemerahan akibat gigitan nyamuk.

Ulam ini boleh dimakan mentah, dijeruk, direbus atau dijadikan pelengkap masakan. Petai boleh dimasak sambal bersama udang, masak tempoyak bersama ulaman lain dan sebagainya. Namun, terdapat orang yang tidak makan petai kerana tidak tahan dengan baunya yang agak ‘busuk’.

4. Kacang Botol

kacang - KELUARGA

Nama saintifik : Psophocarpus Tetragonolobus

Kacang botol adalah ulam yang istimewa kerana keseluruhan bahagian dari tumbuhan ini boleh dimakan. Ini termasuklah daun, bunga, akar dan juga kacangnya. Kesemua ini boleh dimakan secara mentah atau dimasak terlebih dahulu.

Bunga kacang botol sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri. Akarnya yang mempunyai perisa kacang boleh digunakan sebagai sayur berubi. Daun muda boleh dimasak sebagai sayuram. Setiap bahagian pokok kacang botol mengandungi vitamin A, vitamin C, protein dan zat besi.  

5. Peria

Peria katak: Adakah bermanfaat untuk pesakit diabetes? | Free Malaysia  Today (FMT)

Nama saintifik : Momordica Charantia

Ulam yang seterusnya adalah peria. Tumbuhan ini tidak hanya boleh dimakan buah, tetapi pucuk dan daunnya juga boleh dijadikan sebagai ulam.  Peria merupakan ulam yang mempunyai rasa pahit. Ini kerana ia mempunyai kandungan kuinin yang tinggi. Peria boleh dimakan secara mentah dan juga dimasak.

Sebatian yang terdapat dalam peria dikatakan mempunyai kesan yang sama seakan insulin. Insulin ialah hormon yang bertanggungjawab untuk memindahkan gula dari darah kedalam sel sebagai tenaga. Dimana ia boleh mengawal tahap gula dalam darah daripada meningkat. Sesetengah individu juga percaya peria boleh menurunkan berat badan dan memerangi kanser.

6. Jantung Pisang

Wired to the World...: Jantung Pisang Rebus Cecah Budu...

 Nama saintifik : Musa Paradisiacal

Jantung pisang sebenarnya adalah bunga sebelum ia mengeluarkan buah. Jantung pisang dimakan dengan cara dicelur dahulu. Ianya akan jadi lebih sedap jika dimakan bersama sambal belacan. Selain itu, jantung pisang juga boleh dibuat kerabu dan masak lemak putih. Jantung pisang mengandungi serat, protein, vitamin E dan asid lemak tidak tepu. Ia bersifat antioksidan, membantu dalam mencegah radikal bebas serta mengawal kerosakan sel dan tisu.

~Ingin mendapatkan barangan segar tanpa perlu keluar rumah? Layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.