Dengan adanya teknologi, semua urusan menjadi lebih mudah dan cepat untuk diselesaikan. Salah satunya adalah untuk membeli barang keperluan. Di Pasarhub terdapat pelbagai barang keperluan untuk memasak dari bahan basah hingga ke bahan kering. Anda hanya memerlukan telefon pintar atau komputer riba bagi membuat pesanan di Pasarhub. Apa yang membuatkan ia lebih menarik adalah semua pesanan anda akan dihantar sehingga ke depan pintu. Anda tidak perlu lagi bersiap dan keluar kepasaraya.
Disini, saya akan mengajar bagaimana untuk membuat pesanan di Pasarhub. Terdapat dua cara untuk anda membuat pesanan di Pasarhub. Pertama, dengan membuka laman web Pasarhub dan kedua adalah dengan memuat turun aplikasi Pasarhub di google playstore.
Muat turun aplikasi : https://play.google.com/store/apps/details?id=app.pasarhub.my
layari website : https://pasarhub.my/
Apabila anda membuka website atau aplikasi Pasarhub, anda akan nampak seperti gambar dibawah.
Kemudian, pilih barang yang ingin dibeli dengan memilih kategori dibahagian bawah. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli ikan, pilih kategori ‘ikan’ dan anda dapat melihat semua jenis ikan yang terdapat di Pasarhub. Anda boleh membuat pilihan jenis ikan dan menetapkan kuantiti yang diingini.
Sekiranya anda telah membuat pilihan, tekan ‘tambah’ bagi memasukkan barang tersebut kedalam troli pembelian. Jika anda memerlukan ikan dalam kuantiti yang banyak, anda boleh menekan ‘tambah’ beberapa kali sehingga kuantiti ikan yang dikehendaki mencukupi. Terdapat juga jenis ikan yang memerlukan anda untuk membuat pilihan berat seperti ikan jenahak, ikan merah dan ikan tenggiri. Anda boleh menekan ‘pilihan’ dan memilih berat yang dikehendaki.
Setelah anda membuat semua pesanan yang dikehendaki, anda boleh menekan ‘checkout’ untuk membuat pembayaran. Perlu diingatkan, pesanan minimum bagi Pasarhub adalah Rm50.00. Selepas itu, anda akan diminta untuk mengisi butiran diri untuk tujuan penghantaran.
Setelah anda selesai mengisi butiran diri, anda perlu menekan ‘place order’ bagi membuat pembayaran.
Bagi memudahkan pelanggan, terdapat beberapa pilihan bank yang boleh dipilih bagi membuat pembayaran. Pilih bank pembayaran atas talian yang dikehendaki dan tekan ‘proceed’.
Buat pembayaran atas talian seperti biasa. Pesanan anda telah pun selesai setelah anda mendapat resit seperti dibawah.
Selamat membeli!!