fbpx

TIPS MEMILIH IKAN YANG PERLU ANDA TAHU

Bagi mereka yang baru belajar untuk membeli barang dapur pasti risau kerana tidak tahu cara untuk memilih ikan yang segar. Pada luarannya ikan yang segar dan tidak segar kelihatan hampir sama. Ikan yang tidak segar merupakan tempat pembiakan bagi pelbagai bakteria. Bakteria ini boleh menyebabkan keracunan makanan. Tetapi jangan risau, dengan tips dibawah ini pasti boleh membantu anda memilih ikan segar. Ikan yang segar penting untuk kesihatan sekaligus bagi memastikan kelazatan masakan.

PERHATIKAN MATA IKAN

Image result for mata ikan tak segar

Pertama sekali anda perlu perhatikan mata ikan. Ikan yang segar adalah ikan yang mempunyai mata yang jernih dan cerah. Disamping matanya juga akan timbul dan menonjol. Elakkan untuk memilih ikan yang mempunyai mata yang berwarna merah, pudar, tenggelam dan sembap. Ikan juga berkemungkinan sudah agak lama.

PERHATIKAN WARNA KULIT DAN SISIK IKAN

Image result for SISIK IKAN TERTANGGAL

Selain itu, anda boleh perhatikan warna kulit dan sisik ikan. Ikan yang segar kebiasaannya mempunyai kulit yang berkilat dan berwarna agak cerah jika dibandingkan dengan ikan yang tidak segar. Ikan tidak segar akan mempunyai kulit yang agak pucat. Disamping itu, sisik ikan yang segar kuat melekat dibadan ikan dan sisik ikan tidak segar agak rapuh dan mudah tercabut.

PERHATIKAN WARNA INSANG IKAN

Image result for insang ikan tak segar

Salah satu cara lain adalah dengan perhatikan warna insang ikan yang ingin dipilih. Bagi yang tidak tahu, anda perlu mengangkat penutup insang disebelah kepala ikan. Pilihlah ikan yang mempunyai insang berwarna merah terang. Pastikan insang ikan basah tetapi tidak terlalu banyak lendir. Elakkan memilih ikan yang mempunyai insang berwarna kelabu atau coklat. Insang seperti ini biasanya sudah menjadi keras dan berlendir.

PERHATIKAN TEKSTUR IKAN

Image result for hidu bau ikan segar

Cara yang paling mudah untuk menentukan kesegaran ikan adalah dengan perhatikan tekstur ikan. Ikan yang segar mempunyai badan yang pejal dan cantik. Jika anda nampak ikan dengan badan yang berkesan sentuhan, itu tandanya ikan tersebut sudah tidak segar. Sebaiknya tekan sedikit pada perut ikan untuk mengetahui sama ada perut ikan masih keras atau sudah lembik. Tambahan lagi, kulit ikan segar akan dapat kembali ke bentuk asalnya apabila ditekan.  Jangan membeli ikan yang sudah pecah perutnya. Ini kerana ikan yang tidak segar mempunyai kulit perut yang lembik.

HIDU BAU IKAN

Image result for hanyir ikan

Tips yang terakhir adalah dengan menghidu bau ikan. Walaupun ikan berbau agak hanyir tetapi dengan mencium ikan kita dapat tahu tahap kesegaran ikan tersebut. Ikan yang segar akan masih mempunyai bau laut manakala ikan yang tidak segar akan berbau busuk dan hanyir.

Diharap dengan tips diatas akan dapat membantu anda untuk memilih ikan yang segar dengan lebih yakin. Selamat membeli belah!

~Masih tidak yakin dan tida pasti cara pemilihan ikan? Jangan risau kami sedia membantu. Layari pasarhub.my

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.