fbpx

PANDUAN RINGKAS MEMILIH SAYURAN SEGAR

Ramai yang berimpian untuk hidup sihat dan bebas penyakit. Namun, ramai juga yang tidak sedar pemakanan merupakan elemen yang penting untuk sihat. Anda disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan nutrisi dan vitamin demi menjaga kesihatan badan. Salah satunya adalah dengan mengambil sayuran dalam kadar tertentu. Memilih sayur yang segar tidak kurang pentingnya kerana sayur segar dapat mengekalkan segala nutrisinya. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh diamalkan bagi memilih sayuran yang baik untuk anda.

Perhatikan warna sayuran

Image result for daun kangkung warna kuning

Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila ingin membeli sayuran adalah dengan memerhatikan warna sayuran. Sayur yang segar memiliki warna yang cerah disamping masih mengekalkan warna aslinya. Ia juga menunjukkan bahawa sayur tersebut masih mengekalkan kandungan nutrisi dan vitaminnya. Walaupun anda tidak terus memasak dan ingin menyimpan sayur tersebut untuk beberapa hari ke depan, sayur akan tetap masih boleh digunakan. Manakala, sayur yang sudah berubah warna menunjukkan sayur tersebut tidak lagi segar. Bagi sayuran berdaun lebih mudah dikenal pasti. Sebagai contoh, daun sayur sawi yang telah lama akan bertukar menjadi warna kekuningan.

Perhatikan daun sayuran

Image result for daun sawi layu

Selain itu, anda juga boleh memerhatikan daun sayuran. Kebanyakan pasaraya akan menyembur air pada sayuran yang berdaun seperti bayam, kangkung, sawi bagi memastikan kesegarannya. Fizikal yang boleh dilihat pada daun sayuran yang segar adalah ia memiliki tekstur yang masih keras dan mempunyai daun berwarna hijau cerah. Sebaliknya, daun sayuran yang tidak segar kelihatan layu dan tidak cantik. Sayuran yang sebegini terjadi kerana sudah disimpan terlalu lama, tidak laku atau terkena panas.

Sayuran yang bebas bahan peracun

Image result for semburan racun serangga

Salah satu panduan bagi memilih sayur adalah dengan memastikan sayur yang dibeli bebas dari bahan peracun. Cara untuk mengetahuinya adalah dengan perhatikan adakah terdapat kesan lubang gigitan serangga/ ulat  pada sayur tersebut.  Jika ada, besar kemungkinan sayur tersebut bebas dari bahan peracun. Ini kerana, serangga/ulat hanya dapat hidup dan makan sayuran yang bebas bahan peracun. Sesetengah orang akan menghindari sayur yang berlubang, tetapi ternyata ianya baik untuk kesihatan. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk memilih sayur yang terdapat kesan lubang-lubang sedikit. Tetapi kesan lubang ini hanya sesuai untuk sayuran berdaun tetapi tidak disarankan bagi sayuran bersifat buah dan ubi seperti kentang. Antara tanda sayur bebas bahan peracun atau organik boleh dilihat dengan:

  • Terdapat kesan gigitan serangga/ulat pada daun
  • Tidak ada kesan putih atau kesan bahan peracun yang mengering pada sayuran
  • Sayur bebas bahan peracun memiliki warna yang lebih cerah
  • Sayur organik biasanya terdapat pelekat yang menunjukkan sijil organik

Sayuran yang belum dibersihkan

Image result for ubi baru dipetik

Cara paling mudah yang boleh dipraktikkan adalah dengan memilih sayuran yang belum dibersihkan dan masih berakar. Ini adalah kerana sayuran yang belum dibersihkan cenderung lebih segar serta tidak mudah layu dan busuk. Tambahan lagi, kandungan air didalam sayuran juga juga masih terjaga dengan baik. 

Sayuran yang tidak bertunas

Image result for kentang tumbuh

Salah satu tanda lain yang boleh dititik beratkan ialah memastikan sayuran masih belum bertunas terutama sayuran bersifat ubi seperti bawang dan kentang. Sebaiknya hindari dari membeli jika sudah kelihatan bertunas, lembik, bertukar warna dan berlubang. Sayuran bertunas menandakan ia telah disimpan selama beberapa hari. Cara yang betul bagi memilih sayuran bersifat ubi dengan memastikan ia masih bertekstur pejal sesuai dengan kejadian asalnya.  Sebagai contoh, bawang merah yang masih segar memiliki warna merah yang cantik, tidak lembik berair, kulit masih licin berkilat dan tidak bertunas.

Tidak lembik dan berbau

Image result for tomato busuk

Tips ini penting untuk sayuran seperti terung, timun, tomato, lada benggala dan sayuran buah yang lain. Jangan memilih sayuran yang sudah pecah, lembik, berair dan berbau. Semua tanda ini menunjukkan sayuran tersebut tidak layak lagi untuk dimakan. Anda juga boleh menekan sedikit sayuran untuk memastikan teksturnya masih pejal dan padat.

Waktu membeli sayuran

Image result for pasar pagi

Cara yang terakhir adalah dengan merancang pada waktu bila anda membeli sayuran. Bagi mereka yang gemar membeli barangan dapur di pasar pagi, adalah lebih baik untuk keluar membeli diawal waktu pagi. Ini disebabkan oleh kesegaran sayuran lebih terjamin. Keadaan pasar yang sedia panas akan menyebabkan sayur lebih cepat rosak menjelang tengahari. Manakala keadaan dipasaraya tenyata berbeza kerana pasaraya lazimnya mempunyai penghawa dingin yang dapat membantu melambatkan kerosakan pada sayuran. Tetapi, perlu diingatkan sayur dipasar pagi lebih murah dan segar kerana mereka tidak boleh mnyimpan sayur untuk masa yang lama seperti pasaraya.

Masih ragu-ragu dan tidak pasti cara memilih sayur? Jangan risau, kami sedia membantu anda. Layari pasarhub.my untuk mendapatkan bantuan.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.