fbpx

CARA AJAR ANAK UNTUK SERONOK MEMAKAN SAYUR

Sayur mengandungi berbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat. Ia dapat memberikan vitamin, antioksidan, serat dan air pada tubuh badan. Namun, pasti sukar untuk memujuk anak kecil untuk makan sayur terutamanya sayur berwarna hijau yang terasa sedikit pahit. Lazimnya, anak akan lebih menyukai makanan yang mempunyai rasa manis dan masin.

Ibu bapa kadang lebih gemar menuruti kemahuan anak yang tidak sukakan sayur. Ini boleh menjejaskan kesihatan anak pada jangka panjang. Terutama, jika sering berikan anak makanan segera dan makanan tinggi protein. Anak akan mengalami obesiti jika pengambilan lemak berlebihan tanpa diseimbangkan dengan sayur dan buahan.

Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan melatih anak agar memakan sayur demi memenuhi nutrisi anak kerana mereka sedang berada di tahap perkembangan fizikal dan psikologi. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dicuba ibu bapa agar anak suka untuk memakan sayur.

Jadi ‘role model’

13 Ways to Be a Good Role Model

Tahukah anda, anak akan mencontohi segala kelakuan yang ditunjukkan oleh ibu bapa? Sebagai orang yang paling rapat dan disayangi anak, setiap tindakan anda akan diperhatikan dan diikuti oleh mereka. Perbanyakkan makan makanan bernutrisi dihadapan mereka. Jika anda mengamalkan diet yang sihat, anak akan mewarisi sikap anda.  Kemudian, mainkan peranan dengan memakan sayur dihadapan dan bersama mereka.

Menyediakan bersama

5 Tips Untuk Menggalakkan Anak Makan Sayur-sayuran

Anda boleh melibatkan anak dalam penyediaan makanan. Ini termasuk aktiviti membeli, membasuh dan memasak sayur. Beri peluang kepada anak untuk memilih sendiri sayur yang mereka suka. Ceritakan segala kebaikan dan khasiat yang terdapat dalam sayur. Ajak anak untuk membantu didapur bagi membiasakan anak dengan sayur. Anak akan lebih gembira dan merasa teruja untuk mencuba makanan yang mereka bantu sediakan.

Memasak sendiri makanan

Cooking for one can be depressing AF—here's how to make it better

Tips seterusnya adalah dengan memasak sendiri makanan anak anda. Apabila anda mula memberikan anak makanan yang diproses, ia berkemungkinan menyebabkan anak menjadi ‘picky eater’. Ini kerana anak sudah mula terasa sedap memakan makanan yang telah diproses. Sedangkan ianya tidak elok dan mempunyai bahan perasa yang tinggi. Jangan tertipu dengan label ‘sihat dan berkhasiat’. Kerana ia tetap mengandungi bahan pengawet untuk memanjangkan tarikh luput makanan tersebut. Seeloknya masak sendiri dirumah, sah-sah anda tahu apa yang masuk kedalam mulut anak.

Hindari dari menghukum anak

5 Signs Your Child Needs Help Managing Anger

Jika anak tidak ingin memakan sayur, janganlah anda memaksa atau mengugut dengan sesuatu yang tidak elok. Ini akan menyebabkan trauma baginya dan akan membantutkan seleranya terhadap sayur sepenuhnya. Sebaiknya, anda perlu memujuk dan memberikan sokongan. Cuba tanya mengapa anak tidak suka sayuran. Mungkin kerana warnanya atau tekstur yang tidak menarik.

Jadi anda boleh menukarnya kepada sayuran jenis lain. Andaikata anak telah cuba memakan sayur dan berjaya, anda boleh memberikan pujian agar anak makin bertambah minat untuk memakan sayuran. Bukan itu sahaja, malah anda boleh melakukan pertandingan makan sayur dan memberikan ganjaran atas kejayaan mereka.  

Menvariasikan sajian

Aneka Resipi Masakan Sayur Ringkas, Sedap & Mudah Masak.

Demi membantu anak untuk menyukai sayuran, anda perlulah kreatif dalam mencipta sajian. Anda boleh mencampurkan sayuran ke dalam makanan lain, menggunakan sayur yang pelbagai warna atau memasak sayur dengan makanan kegemarannya. Sebagai contoh, jika anak sukakan lauk sup ayam, anda boleh memasukkan lobak merah dan kentang kedalam sup ayam. Ini akan lebih menarik minat anak untuk merasai sayuran tersebut. Selain itu, cuba usahkan untuk menukar menu sayuran setiap hari. Ini bagi memastikan anak tidak bosan dan lebih menikmati rasa sayur.

Menvariasikan sayuran

Tips lain yang boleh diamalkan ibu bapa adalah dengan menvariasikan sayuran yang diberi. Hindari untuk memberikan jenis sayuran yang sama setiap hari. Berikan sayur yang berwarna terang dan menarik hati. Misalnya lobak merah, keladi, tomato, brokoli dan lain-lainnya. Bukan itu sahaja, malah anda boleh cuba melembutkan sayur agar sesuai dengan citarasa anak. Anda boleh merebus sayur terlebih dahulu. Selain dari itu, anda boleh mencuba membuat jus.

Campurkan bahan kegemarannya

Resepi 'Chewy Cheese Spinach' Yang Akan Buat Anak Anda Sukakan Sayur

Anak seringkali merasa ragu untuk mencuba makanan baru apatahlagi makanan yang tidak biasa dilihat. Justeru, anda boleh cuba untuk menggunakan keju, coklat urai warna warni atau coklat bagi menarik minat anak terhadap sayuran. Anda hanya perlu menaburkan keatas sayur. Tidak perlu meletaknya terlalu banyak, cukup sekadar anak nampak dan merasa seronok dengan sajian.  

Pada masa yang sama, anda boleh mencampurkan sayuran yang telah dipotong kecil kedalam makanan anak. Seperti menyelitkan sayur ke dalam burger anak tanpa memberitahunya. Jika anak makan tanpa menyedarinya ia boleh dikira sebagai berjaya.

Berikan anak makanan tambahan

Gummy Vitamins & Related Information | ConsumerLab.com

Jalan terakhir yang boleh digunakan andai anak tetap tidak sukakan sayur adalah dengan membekalkan makanan tambahan kepada anak. Anda boleh menggantikan sayur dengan buah-buahan. Ini kerana buah juga mempunyai nutrisi dan zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

Bukan itu sahaja, malah anda boleh memberikan vitamin tambahan sebagai penggantikan sayuran. Terdapat pelbagai jenama dan perisa yang boleh didapati. Sebagai contoh Champs, Appeton, Scott’s dan sebagainya. Akan tetapi, vitamin tambahan yang berlebihan boleh mendatangkan  kesan buruk pada kesihatan anak. Oleh itu, kekal untuk bantu anak agar belajar untuk makan sayur.

Kesimpulannya, didiklah anak untuk makan makanan yang berkhasiat sejak kecil. Ini dapat membantu anak kekal sihat dan menghindari dari penyakit merbahaya. Anda cuma perlu bersabar dan konsisten dalam proses  mengajar. Selamat berjaya.

Anda ingin membeli barang segar tanpa keluar rumah? Sila layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.