fbpx

HAIWAN YANG DIJADIKAN MAKANAN DI ASIA TENGGARA

Kita selalu disajikan dengan kecantikan dan keindahan pulau-pulau yang terdapat di Asia. Terdapat juga pelbagai makanan enak yang boleh didapati apabila melancong kenegara Asia. Ini termasuklah pad Thai, bahn mi’s, nasi padang, tom yam dan lain-lain lagi.

Tetapi tahukah anda, Asia turut mempunyai pelbagai makanan pelik dan eksotik yang terdiri dari haiwan seperti kala jengking, ular dan lain-lain lagi. Senarai haiwan dibawah ini dianggap sebagai makanan ringan bagi negara tertentu.

Balut (Filipina)

Balut: A Filipino Delicacy Not Many Have the Stomach to Digest - STSTW

Salah satu makanan eksotik  yang paling terkenal di Asia adalah Balut. Balut berasal dari Filipina dan pernah digunakan sebagai salah satu cabaran di dalam rancangan Fear Factor. Hidangan ini merupakan embrio itik atau ayam yang direbus lengkap dengan bulu, tulang dan paruh.

Balut banyak dijual oleh penjual jalanan di seluruh Filipina. Ia akan disajikan dengan sedikit campuran garam, bawang putih, serbuk cili dan cuka. Walaupun keseluruhan embrio boleh dimakan, namun ada juga yang memilih untuk hanya menghirup sup.  Balut turut boleh dijumpai di Vietnam dan Kemboja.

Tamilok (Filipina)

EATING TAMILOK | HARVESTING WOOD WORM | AKLAN PHILIPPINES | ksfproductions  - YouTube

Selain terkenal dengan Balut, orang Filipina turut memakan Tamilok. Orang filipina menyebut Tamilok sebagai cacing kayu kerana rupanya. Tetapi tamilok sebenarnya  adalah sejenis kerang air masin tanpa cengkerang yang masuk ke dalam pokok bakau yang mati.

Penduduk tempatan dibeberapa wilayah di Filipina akan mencari kayu bakau yang buruk dengan harapan untuk menemukan makhluk yang diangkap sedap ini. Tamilok biasanya akan dimakan mentah, atau dicicah dalam cuka seperti kinilaw.

Kala Jengking (Kemboja, Laos, Thailand, Vietnam)

Serem Plus Ekstrem Banget sih, tapi Banyak Turis Tergoda Cicipi Kalajengking  Goreng - Tribun Travel

Dikebanyakan tempat didunia menganggap kala jenking sebagai pemangsa yang menakutkan. Sebaliknya, tidak kepada beberapa negara ini. Mereka menganggap kala jengking sebagai makanan ringan yang enak. Kala jengking akan dimasak secara goreng atau rebus dan ditaburkan dengan garam.

Racun yang ada pada kala jengking akan menjadi neutral setelah digoreng didalam minyak yang mendidih. Ianya popular kepada penduduk tempatan mahupun pelancong. Terdapat kepercayaan bahawa dengan memakan bahagian sengatannya dapat meningkatkan kesihatan dan kejantanan.

Tarantula (Kemboja)

Fried spider - Wikipedia

Haiwan menyeramkan lain yang menjadi kegemaran bagi sesetengah orang ialah tarantula. Labah-labah yang bersaiz tapak tangan ini cukup menakutkan apabila ia hidup mahupun mati. Walaupun tarantula ini menakutkan bagi sesetengah orang, penduduk tempatan tetap suka memakan  haiwan berkaki lapan ini. Mereka menggambarkan rasanya menyerupai rasa ketam.

Tarantula yang popular di Kemboja akan digoreng dahulu sebelum dijual. Tukang masak akan menyediakan hidangan ini setelah menggoreng hingga kakinya betul-betul garing manakala perutnya tetap lembut apabila dimakan.

Kelawar (Laos)

Kelawar masak lemak hidangan istimewa Indonesia | Free Malaysia Today (FMT)

Di Laos, kelawar kecil adalah makanan ringan yang digemari. Biasanya ia akan digoreng dan dicucuk ditepi jalanan. Oleh kerana kelawar mempunyai tekstur yang hampir serupa dengan ayam, penjual akan memasaknya dengan pelbagai cara. Ia akan dipanggang, dibakar atau direbus.

Selain Laos, kelawar juga dijadikan makanan di sesetengah negara lain. Seperti sesetengah kawasan Kemboja, Indonesia, Filipina dan Vietnam. Bahkan, ia juga boleh ditemui di negara luar Asia seperti China, Jepun, Papua New Guinea dan banyak lagi.

Ular (Vietnam)

BBC - Travel - The wine that comes with added bite

Ular merupakan sajian biasa bagi penduduk Vietnam. Ia akan dimasak dengan pelbagai cara dinegara ini. Walaubagaimanapun, cara yang paling popular dan unik adalah ular akan dijadikan minuman wain. Dimana seekor ular berbisa akan dimasukkan kedalam botol (kadang kala ular hidup) dan dibiarkan terendam di dalam wain beras atau alkohol jenis bijirin yang lain.

Disamping itu, bahagian ular yang lain akan digunakan untuk memasak hidangan yang berbeza. Ini termasuklah daging, jantung dan hempedu ular. Terdapat kepercayaan orang dahulu bahawa ular mempunyai kuasa penyembuhan. Ular dikatakan menjadi bahan pemanas didalam makanan, dimana ia akan menghangatkan badan daripada dalam.

Tikus (Vietnam)

Rat-on-a-stick - Wikipedia

Bagi negara kita, tikus dianggap sebagai haiwan perosak tanaman. Sebaliknya tidak untuk penduduk Vietnam. Ia merupakan pengganti daging yang lazat dan agak kenyal. Sebenarnya, dibeberapa negara seperti Thailand, tikus dinikmati sebagai sumber protein. Biasanya tikus akan dimasak secara goreng atau dipanggang. Tikus dikatakan sihat kerana kaya dengan jumlah protein dan jumlah lemak yang rendah.  

Walaubagaimanapun, tikus paling popular di Vietnam disebabkan petani akan memerangkap tikus liar dikawasan pertanian luar bandar. Ia menjadikan tikus sebagai makanan yang ideal bagi mereka yang hidup miskin dikawan terpencil. Ia turut ditafsirkan lebih sedap dari ayam.

Biawak Air (Indonesia)

All you need to know about satay: Indonesian skewered and grilled meat -

Sate merupakan sajian yang terkenal di Indonesia. Makanan akan dicucuk ke batang sate sebelum dibakar sehingga masak. Di Indonesia terdapat pelbagai haiwan yang boleh dijadikan sate termasuk ayam, lembu, kerbau mahupun biawak air. Biawak air adalah haiwan biasa yang terdapat terdapat di kebanyakan negara Asia, namun di Indonesia mereka mendapat tempat istimewa di kedai makanan jalanan Indonesia.

Sama seperti sate di negara kita, sate biawak air akan dijual  dengan daging yang dilumurkan dalam sos kacang. Sajian ini dipercayai dapat membantu pelbagai penyakit seperti penyakit kulit, luka terbakar dan asma.

Serangga (Diseluruh Asia Tenggara)

PHOTO: Fried Insect snacks for sale in Thailand | Popular snacks, Snacks,  Food

Bagi sesetengah perempuan, serangga adalah haiwan yang menggelikan. Akan tetapi tidak pada meraka yang menggemari rasa serangga ini apabila digoreng. Serangga digemari kerana sumber proteinnya. Beberapa negara di Asia tenggara telah lama menjual serangga ditepi jalan.

Sebagai contoh, di Filipina, kumbang atau larva salagubang akan dipanggang, tumis atau dimasak sebagai adobo. Selain itu, bemacam jenis serangga goreng boleh ditemui di sepanjang jalan Khao San di Thailand.  Jenis serangga tersebut terdiri daripada cengkerik, cacing, belalang, kumbang dan juga lipas.

Kepada yang bukan Islam berani tak mencuba semua haiwan yang diatas?hehe..

Bagi yang beragama Islam, kita telah diberi garis panduan tentang apa yang Halal dan Haram dimakan. Tetapi janganlah mencela atau mengejek makanan orang lain.

~Anda ingin membeli barang segar tanpa keluar rumah? Sila layari pasarhub.my .

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.