Pinggan makan antara barang asas yang mesti ada disetiap rumah. Terdapat pelbagai jenis set pinggan makan yang boleh didapati dipasaran. Bagi sesetengah orang, mereka suka menggunakan kesemua pinggan yang dimiliki. Mereka tidak akan menyimpan pinggan berlebihan didalam almari.
Sementara, ada juga yang hanya membiarkan pinggan menjadi perhiasan di dalam almari di ruang makan. Walaubagaimanapun, ia terpulang kepada citarasa masing-masing. Disini, saya kongsikan jenama set pinggan makan yang anda ‘harus’ miliki jika anda seorang pengumpul pinggan makan.
Corelle
Set pinggan makan Corelle telah mula dikeluarkan pada tahun 1970-an di Corning, New York. Pinggan Corelle diperbuat daripada tiga lapisan kaca istimewa yang dipanggil Vitrelle, yang menjadikan ia tiga kali tahan dari seramik. Corning menggunakan Vitrelle kerana ia tahan pecah, sumbing, calar, ringan, dan tidak kotor.
Pembuatan pinggan Corell tiada proses kimia dan hanya menggunakan bahan kaca yang selamat. Pinggan Corelle ini boleh digunakan didalam ketuhar gelombang mikro, oven, peti ais, tempat sejuk beku dan mesin pencuci pinggan. Corelle mula menjadi terkenal sebagai produk premium kerana gaya dan reka bentuk yang menarik.
Pinggannya yang nipis membolehkan pinggan Corell disusun dengan kemas dan menjimatkan ruang kabinet. Corak buatan tangan Corelle tidak akan terkupas atau hilang kerana rawatan haba digunakan untuk membuat coraknya. Corelle telah mengeluarkan lebih daripada 2000 corak sejak awal penubuhannya.
Arcopal / Luminarc
Arcopal adalah satu jenama pinggan makan yang berasal dari Perancis pada tahun 1958. Pengenalan pinggan makan Arcopal dilakukan selepas 10 tahun syarikat ini memperkenalkan jenama utamanya, Luminarc. Pinggan Arcopal diperbuat daripada gelas opal yang bersifat lutsinar. Ini menjadikan ia tahan lama dan menarik.
Semasa pembuatannya, pinggan akan dipanaskan dengan perlahan kemudian disejukkan dengan cepat. Proses ini menghasilkan pinggan makan yang disaluti dengan sinaran api yang cantik dan tahan lama. Produk Arcopal telah dihentikan ketika syarikat menukar namanya menjadi Arc International pada tahun 2000.
Semasa pengeluaran dihentikan selama 16 tahun, terdapat banyak barangan yang menjadi tumpuan bagi pengumpul barang antik. Dengan pinggan kaca yang berwarna putih susu, Arcopal menjadi salah satu revolusi industri pertama dalam pembuatan kaca. Pinggan Arcopal nipis tetapi tahan pecah dan sumbing. Ia juga mesra ketuhar gelombang mikro, oven dan mesin pencuci pinggan.
Noritake
Sejak tahun 1904, Noritake telah membawa kecantikan dan kualiti kepada meja makan diseluruh dunia. Kesenian dan pertukangan, perhatian terhadap perincian dan komitmen terhadap kualiti telah menjadikan Noritake sebagai salah satu jenama yang popular. Pada mulanya, kebanyakan pinggan makan Noritake dilukis menggunakan tangan dengan warna emas.
Sedan adalah set makan malam reka bentuk barat pertama Noritake yang dihasilkan pada 1914. Mereka mengambil masa lebih dari 10 tahun untuk menghasilkan dan mengeksport set peralatan makan yang pertama. Sedan mempunyai badan putih dengan sempanan kuning air dan corak bunga sederhana disekitarnya.
Kini, anda hanya boleh mendapatkan set makan malam pertama keluaran Noritake hanya melalui laman lelong atau kedai antik kerana ia tidak lagi dikeluarkan. Sehingga kini, Noritake telah dijual dilebih 100 buah negara dengan harga yang berpatutan.
Portmeirion
Portmeirion adalah set pinggan makan yang dijual oleh syarikat Britain iaitu Portmeirion Group. Mereka turut menjual barangan seramik, barang hadiah, barangan kaca dan wangian rumah diseluruh dunia.
Pada tahun 1972, Portmeirion Botanic Garden telah diperkenalkan. Ia telah direka oleh Susan Williams Ellis yang kemudiannya mendapat permintaan yang tinggi. Reka bentuk khas ini telah dilengkapi dengan motif dan bentuk yang baru. Portmeirion Botanic Garden terus menjadi corak yang mendapat permintaan tinggi di Portmeirion Group.
Seperti kebanyakan pinggan mahal lain, pinggan Portmeirion juga selamat untuk digunakan didalam mesin pencuci pinggan. Terdapat dua bahan yang digunakan untuk membuat pinggannya iaitu porselain dengan earthenware. Oleh kerana pelbagai jenis bahan digunakan berbeza untuk jenis pinggan tertentu, ada yang boleh digunakan dalam ketuhar gelombang mikro dan ada yang tidak. Ia boleh diperiksa dengan melihat stem yang ditampal dibelakang pinggan.
~Untuk mendapatkan barangan segar, layari pasarhub.my.