fbpx

KHASIAT IKAN SALMON

Ikan salmon merupakan salah satu haiwan yang unik. Ini kerana ikan ini lahir di perairan air tawar kemudian akan berhijrah ke lautan dan akan kembali ke air tawar untuk membiak. Walaubagaimanapun, terdapat juga spesis ikan salmon yang hanya mampu hidup di habitat air tawar. Selain keunikannya, ikan salmon turut terkenal sebagai ikan yang tinggi dengan kandungan vitamin dan mineral termasuk iodin dan omega 3 yang berkhasiat bagi tubuh badan. Saya akan kongsikan beberapa manfaat ikan salmon untuk tubuh badan.

Bagus untuk ibu mengandung

Image result for ibu mngandung

Yang pertama, ikan salmon memiliki kandungan protein yang tinggi yang diperlukan oleh tubuh badan. Kandungan asid lemak omega 3 adalah nutrien yang penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan dan kesihatan ibu hamil. Atas sebab ini, para ibu digalakkan untuk mendapatkan lemak asid omega 3 dengan mencukupi.  Jika dibandingkan dengan ikan laut yang lain, kandungan merkuri dalam ikan salmon ternyata lebih rendah. Ini boleh membantu mengelakkan risiko gangguan pada proses perkembangan sistem saraf bayi.

Mencegah masalah depresi

Image result for deprssion

Dengan konsisten memakan ikan salmon dapat membantu mengurangkan masalah kemurungan. Kemurungan dikaitkan dengan mood yang tidak baik, kurang tenaga dan kesedihan. Ikan salmon boleh melawan kemurungan dan menggantikan ubat antidepresant.  Ini disebabkan oleh kandungan asid lemak omega 3 yang terdapat pada ikan salmon.

Meningkat fungsi otak

Image result for brain

Ikan salmon turut mengandungi omega 3 EFA yang baik untuk kanak-kanak.  Ia mampu meningkatkan perkembangan otak mereka. Disamping itu, asid lemak omega 3 turut berguna kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan defisit perhatian atau lebih dikenali sebagai ADHD. Pengambilan ikan ini akan membantu untuk mengurangkan risiko gangguan ini.

Mencegah sakit jantung

Image result for heart attack

Sakit jantung antara penyakit merbahaya yang kerap berlaku di Malaysia. Risiko untuk diserang penyakit ini akan dapat dikurangkan dengan kerap mengambil ikan salmon. Kajian menunjukkan orang yang kerap mengambil ikan salmon kurang risiko terkena sakit jantung berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Ini dipercayai disebabkan oleh kandungan asid lemak omega 3 yang ada pada ikan ini. Nutrien ini akan membantu mengurangkan kadar kolestrol darah, menjaga pembuluh darah, menurunkan tekanan darah sekaligus menguatkan otot jantung.

Menguatkan daya ingatan

Khasiat ikan salmon yang lainnya adalah ia dapat mengurangkan risiko untuk mendapat masalah kognitif. Ia berkait rapat dengan grey matter yang terdapat dalam otak. Grey matter berperanan dalam fungsi tisu otak, mengandungi neuron yang memproses maklumat dan sebagainya. Dengan pengambilan ikan salmon yang kerap, otak akan menghasilkan grey matter yang lebih banyak.

Mengawal berat badan

Image result for berat badan

Manfaat ikan salmon dapat dirasakan ketika anda sedang cuba untuk menurunkan berat badan. Metabolisme dapat ditingkat dengan pengambilan makanan kaya protein seperti ikan salmon berbanding makanan lain. Ikan salmon turut membantu untuk mengatur hormon yang mengawal nafsu makan. Kerana itu, anda akan merasa kenyang.

Membantu kualiti tidur

Image result for kualiti tidur

Kualiti tidur yang buruk pasti menyusahkan kehidupan seharian. Anda akan cepat merasa penat dalam mengerjakan aktiviti seharian. Hal ini akan dapat diatasi dengan pola pemakanan yang sihat. Ikan salmon boleh memberi manfaat kepada badan dengan mengatasi masalah insomnia. Triptofan, kandungan ikan salmon yang merupakan sedatif semulajadi baik untuk mereka yang menghadapi gejala insomnia.

Kandungan vitamin D

Image result for morningwalk

Disamping itu, ikan salmon mengandungi vitamin D yang dapat membantu dalam penghasilan hormon. Anda disarankan untuk kerap mengambil ikan salmon jika jarang mendapat cahaya matahari.

Image result for benefit of salmon

Manfaat lain yang boleh didapati dari ikan salmon:

-Mencegah penyakit lelah pada kanak-kanak.

-Mengawal diabetes tahap 1 pada kanak-kanak bahkan orang dewasa.

-Menjaga kesihatan kulit.

-Menjaga kesihatan mata.

-Meningkatkan kualiti tidur.

Walaupun ikan salmon agak mahal, mungkin anda boleh mempertimbangkan untu memakan ikan salmon selepas melihat segala khasiat yang terdapat pada ikan salmon.

~Untuk pembelian barangan segar tanpa keluar rumah, layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.