fbpx

CARA PENYIMPANAN SAYURAN BAGI MENGEKALKAN KESEGARANNYA

Kebanyakan keluarga memilih untuk membeli barangan dapur seminggu sekali apabila hari cuti. Ini kerana dihari lain mereka akan sibuk bekerja, menguruskan anak dan rumah. Ini bermaksud mereka akan menghadapi masalah untuk menyimpan sayuran agar bertahan lebih lama. Lebih-lebih lagi dengan kuantiti barangan dapur yang banyak. Akan tetapi, cara penyimpan sayuran yang betul akan dapat membantu mengekalkan kesegaran sayuran dan menjamin keselamatan apabila memakannya.

Tidak semua sayuran serupa, bermakna tiada satu cara terbaik yang sama untuk menyimpan sayuran. Terdapat berbagai cara untuk menyimpan sayuran bergantung kepada jenisnya. Ada yang perlu disimpan didalam peti ais, ada yang perlu disimpan disuhu bilik dan tempat yang kering. Tambahan lagi, dengan mengamalkan beberapa langkah seprti membasuh, mengupas akan membantu memanjang atau memendekkan jangka hayat sayuran. Ia bergantung kepada beberapa faktor.

Terdapat beberapa cara ringkas yang boleh diamalkan agar peti ais menjadi lebih bersih, tersusun dan membantu sayuran anda untuk segar lebih lama.

Sayuran Berdaun

Stok Sayur Tahan Lama, Lapik & Balut Guna Tisu Sebelum Simpan. Confirm  Segar! - Pa&Ma

Perkara pertama yang perlu diingatkan, sayuran berdaun sebaiknya dimasak dalam masa sehari dua setelah dibeli. Ini bagi mengekalkan kesegaran dan mendapatkan segala nutrien dari sayuran. Jika anda merancang untuk menyimpan sayuran berdaun, cara terbaik adalah dengan membalut sayuran yang belum dibasuh dengan tisu atau tuala supaya tiada lembapan kekal disayuran. Kesan dari lebihan air akan membuatkan sayuran cepat rosak.

Setelah membalut sayuran, simpan sayuran dalam bekas bertutup didalam peti ais. Pastikan anda buang dahulu daun yang rosak dan simpan mengikut jenis dan tidak dicampur. Anda boleh menggunakan tips ini bagi sayuran seperti sawi, bayam, kangkung dan lain-lain.

Bawang Merah & Bawang Putih

Ini Cara Betul Menyimpan Bahan Dapur Untuk Elak Cepat Rosak - IMPIANA

Kedua-dua jenis bawang kebanyakannya amat mudah disimpan. Paling penting, anda perlu memastikan bawang disimpan ditempat yang jauh dari kelembapan. Ini merupakan punca utama bagi kerosakan pada bawang. Bawang perlu disimpan ditempat yang gelap dan mempunyai peredaran udara yang baik. Sebaliknya, hindari dari menyimpan bawang didalam peti ais, bekas kedap udara atau plastik bag.

Anda tidak perlu risau jika bawang merah telah ditumbuhi pucuk hijau kerana kedua-dua pucuk hijau dan bawang boleh dimakan. Anda boleh memilih untuk memotong pucuknya dan masak bawang seperti biasa.

Serai, Lengkuas, Halia & Kunyit

Cara Simpan Serai, Halia, Lengkuas & Kunyit Agar Segar & Tahan Lama.

Ini antara barang terpenting yang perlu digunakan dalam masak. Anda boleh menyimpan semua ini didalam bekas atau balang yang bertutup. Caranya dengan isikan air penuh kedalam bekas dan masukkan bahan yang nak disimpan. Pastikan lain bahan disimpan didalam bekas yang berlainan. Anda boleh menukar airnya setelah dua minggu.

Cili

Petua Simpan Cili Padi Agar Tahan Sampai 3 Minggu, Gabungkan 2 Bahan Ini  Confirm Elok & Lambat Busuk! - KELUARGA

Langkah pertama bagi proses penyimpanan cili adalah dengan mencabut semua tangkai cili. Kemudian, simpan cili kedalam bekas yang telah dilapik tisu atau surat kabar. Cili hijau dan cili merah boleh disimpan didalam bekas yang sama. Petua yang boleh diikut bagi memastikan cili tahan lama adalah dengan meletakkan beberapa ulas bawang putih kedalam bekas simpanan cili.

Sayuran Berakar

asing bawang - RASA

Sayuran berakar perlu disimpan ditempat yang gelap dan kering. Pastikan sayuran jenis ini juga tidak mendapat cahaya matahari terus. Ini akan mempercepatkan proses pertumbukan akar/ tunas. Anda tidak digalakkan memasukkan sayuran berakar kedalam peti ais. Contoh sayuran berakar adalah seperti kentang dan labu.

Asparagus

Perennial Food Sources For Your Garden - Old World Garden Farms | Growing  asparagus, Asparagus, Asparagus plant

Sebaiknya asparagus dimasak awal setelah membelinya. Tetapi anda boleh memanjangkan hayatnya dengan penyimpanan yang betul. Potong seinci dari bahagian bawah asparagus. Kemudian, simpan asparagus didalam bekas atau botol dengan posisi menegak keatas. Botol atau bekas tersebut perlu diisi air agak-agak dua inci dan simpan kedalam peti ais. Apabila air kelihatan berubah warna, tukar air dan simpan kembali kedalam peti ais.

Cendawan

Mushrooms 101: How to Select and Store Mushrooms

Cendawan perlu disimpan didalam peti ais menggunakan beg kertas. Hindari dari menyimpan cendawan didalam plastik beg. Alasan bagi kenyatan ini adalah kerana cendawan mengandungi kandungan air yang tinggi, apabila air tersejat ia akan terperangkap didalam plastik bag dan menjadikan cendawan berlendir. Beg kertas akan membantu cendawan untuk bernafas.

Lobak Merah

How to Store Carrots and Keep them Fresh for Long | Kitchen Lily

Potong daun lobak merah diatasnya. Bahagian atas akan terus menyerap nutrien dari lobak merah selama anda menyimpannya. Anda juga boleh menyimpannya dengan memotong lobak merah kepada beberapa bahagian. Setelah itu, simpan didalam bekas bertutup berisi air didalam peti ais.

Timun

How to Store Cucumbers to Last for Weeks - Brooklyn Farm Girl

Timun antara sayur yang sensitif dan akan cepat berair dan lembik jika tidak disimpan betul. Anda perlu mengeringkan timun dan membalut dengan tisu atau tuala ketika menyimpannya. Ini kerana timun akan menjadi lembik berair jika terdapat lembapan yang berlebihan.

Seleri

Best Way To Store Celery, How To Keep Celery | Jenny Can Cook - Jenny Can  Cook

Bagi memastikan seleri kekal rangup, anda perlu memastikan ianya kekal terhidrat. Tekanan air didalam seleri yang mengekalkan rasa rangup pada seleri. Cara penyimpanan seleri adalah dengan membalut batang seleri menggunakan aluminium foil. cara ini digunakan agar dapat mengekalkan kelembapan dan membantu pelepasan ethylene (agen pematangan) agar batang sederi bertahan lebih lama.

Kobis

Cara menyimpan kubis - kaedah penyimpanan untuk musim sejuk di ruang bawah  tanah, di balkoni, dalam filem makanan

Terdapat dua cara untuk menyimpan kobis. Pertama, kobis yang belum dipotong boleh disimpan sebiji terus didalam peti ais. Manakala kobis yang telah dipotong perlu disimpan didalam bekas bertutup dalam peti ais. Kobis yang disimpan setelah beberapa hari akan terhasil warna hitam sedikit dibahagian potongan, anda boleh mebuang bahagian tersebut dan gunakan kobis seperti biasa. Cara yang kedua adalah dengan membuat jeruk kobis.

Kobis Bunga & Brokoli

How to Store Cauliflower So It Doesn't Turn Brown | MyRecipes

Kobis bunga dan brokoli adalah dari keluarga yang sama, justeru cara penyimpanan keduanya adalah serupa. Sayuran ini akan lebih tahan jika disimpan sejambak terus daripada kepingan kecil didalam beg plastik. Jangan basuh sayuran sehingga anda ingin gunakannya.

Tomato

How to Store Fresh Tomatoes | Allrecipes

Untuk penyimpanan terbaik untuk tomato, anda perlu menyimpan tomato pada didalam bekas yang dilapik tisu atau tuala. Bahagian tangkai merupakan bahagian yang sensitif. Anda perlu memastikan bahagian tersebut menghala keatas apabila menyimpannya.

Dengan sedikit masa dan penjagaan, anda mampu untuk memanjangkan hayat sayuran agar tetap boleh dimasak apabila diperlukan. Bukan itu sahaja, malah ia membantu mengurangkan pembaziran wang ringgit.

~Untuk mendapatkan barangan segar tanpa perlu keluar rumah, anda boleh layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.