fbpx

PERKARA PENTING YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN APABILA INGIN MEMBELI PINGGAN MANGKUK

Pasti ada antara kita yang suka makan diluar. Ini didorong oleh kerja yang banyak dan tidak mempunyai masa yang terluang. Tetapi akan datang, anda tetap perlu masak dan makan dirumah. Ia lebih murah dan menyihatkan dalam jangka panjang. Oleh kerana ini, set pinggan mangkuk menjadi satu benda yang penting bagi setiap rumah terutama bagi yang baru membina keluarga.

Peralatan pinggan mangkuk adalah tarikan utama dimeja makan. Set pinggan mangkuk yang cantik akan menaikkan lagi seri masakan dan melengkapkan hiasan ruang makan.  Apabila ingin membeli pinggan mangkuk, ada beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan untuk membuat pembelian yang tepat.

Anggaran Perbelanjaan

ᐅ DINNERWARE MADE IN USA • A Review of the Top 4 Dinnerware

Pertama sekali, sebelum membuat sebarang pembelian, anda harus tahu berapa jumlah yang anda mampu belanjakan. Dengan mengetahui anggaran kos ia boleh membantu anda untuk kecilkan pencarian jenis dan jenama set pinggan mangkuk. Harga set pinggan mangkuk tidaklah tetap dan terdapat variasi dari harga murah sehingga sangat mahal.

Anggaran perbelanjaan harus diambil kira berdasarkan tempat makan dan jamuan tertentu. Jika perlu, anda boleh membeli pinggan mangkuk yang penting dahulu seperti pinggan dan mangkuk lauk. Anda boleh membeli barangan tambahan dikemudian hari apabila anda mempunyai peruntukan yang lain. Walaubagaimanapun, anda perlu ingat pinggan makan yang berkualiti tinggi merupakan pelaburan yang berbaloi.

Bahan Buatan

What are these types of ceramics made of : coolguides

Kedua, anda perlu mempertimbangkan bahan buatan pinggan mangkuk. Terdapat pelbagai bahan yang digunakan untuk membuat pinggan mangkuk.  Ini termasuk porselin, tulang cina, barangan tembikar, kaca atau melamin.  Pilihan yang boleh dibuat tidak berpenghujung apabila memilih bahan yang digunakan untuk membuat pinggan mangkuk. Setiap bahan yang digunakan terdapat kelebihan dan kekurangan tersendiri. Dengan pemilihan bahan buatan tertentu, anda boleh memilih pinggan mangkuk yang jenis tahan. Lebih berbaloi untuk anda memilih pinggan mangkuk yang selamat microwave dan oven. Tidak salah mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkan set pinggan mangkuk yang tahan lama.

Jumlah Orang

Lot 45: Large Set Chinese Famille Jaune Porcelain Dinnerware & more | Case  Antiques

Selalunya pinggan mangkuk telah dijual didalam set. Jadi anda mungkin terbeli lebih atau kurang pinggan mangkuk berdasarkan jumlah orang didalam rumah. Namun, terdapat juga sesetengah pinggan mangkuk yang dijual secara satu-satu yang bermaksud anda bebas untuk membeli walau berapa banyak yang diiinginkan. Ini sangat sesuai untuk anda yang berkeluarga besar. Anda juga tidak terikat kepada sesuatu warna atau corak.

Anda bebas mencampurkan dan memadankan corak pilihan sesuai hati. Ianya juga mudah digantikan jika pinggan pecah atau retak. Selain itu, ada juga pinggan mangkuk ada dijual satu set untuk seorang. Ini bermaksud terdapat satu cawan, satu pinggan, satu mangkuk dalam satu set. Dengan ini, anda lebih bebas memilih berapa set yang diperlukan oleh anda.

Fomaliti dan Tujuan

5 Table Settings Every Host Should Know | What's for Dinner?

Pemilihan pinggan mangkuk turut bergantung kepada cara penggunaannya. Andai anda merupakan keluarga yang suka melakukan aktiviti berkelah, anda perlu mencari set pinggan mangkuk yang bersesuaian. Selain itu, jika anda mempunyai anak kecil, anda perlu fikirkan pinggan mangkuk yang sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak. Anda boleh melabur untuk dapatkan pinggan mangkuk yang jenis ringan dan tahan lasak.

Tambahan lagi, sesetengah orang suka menghidangkan makanan kepada tetamu dengan menggunakan set pinggan mangkuk khas yang tidak bercampur dengan pinggan mangkuk yang biasa digunakan dirumah. Jika anda suka, anda boleh beli yang sedikit mahal agar ianya berkualiti dan tahan lama. Anda juga boleh membeli dua set yang berasingan. Satu untuk kegunaan harian manakala satu lagi boleh digunakan kepada tetamu atau majlis tertentu seperti hari raya.

Bentuk, Warna dan Corak

The Ultimate Guide to Choosing Dinnerware | Pottery Barn

Seterusnya, anda harus tidak merasa terbatas ketika membuat pilihan bagi pembelian pinggan mangkuk. Terdapat pelbagai pilihan yang ada, tidak cuma  pinggan putih kosong. Anda boleh memilih pinggan makan berbentuk empat segi, pinggan yang mempunyai warna terang atau corak bunga dan buluh. Jadi, anda boleh membeli pinggan mangkuk yang sesuai dengan selera dan citarasa. Walaubagaimanapun, pastikan pinggan mangkuk sesuai dengan ruang makan dan tempat penyimpanan anda.

Penggantian

Where to Buy Pastel and Patterned Kitchenware for as Low as P30

Yang terakhir, ketika membeli set pinggan mangkuk, anda perlu pertimbangkan adakah mudah untuk menggantikan pinggan makan tersebut jika ianya pecah atau hilang. Set pinggan makan yang dijual pada masa promosi penghabisan stok mungkin lebih susah untuk dicari ganti. Ini kerana set pinggan mangkuk tersebut telah diberhentikan pembuatannya. Selain itu, set porselin dengan tulang cina yang tradisional juga sukar untuk dicari ganti.

~Ingin membeli barangan segar tanpa perlu keluar rumah? Layari pasarhub.my.

Ms Fiqah

all author posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.